Home about Portfolio

For People to Read

17 . 03 . 2019 , Personal

Hi and Assalamualaikum everyone, please read this entry with jiwang sendu mood because this kind of entry will only come when I sendu myself and when I tetibe motivated to live. Okay jom tukar bahasa melayu sebab i dont know how to sendu in english. Tapi rasa janggal dah lama tak guna kau aku ni Ya Allah.

Fuh, okay.

Harini, tiba-tiba mood sendu. I can totally blame it on my pms sebab dah lebih 20 hari aku tak koyak. Aku catat, sebab last 20 days macam hari bahagia aku, macam hari kebangkitan Wana! (Ya allah wish me goodluck ni entry melayu ni.) And sebab utama aku boleh happy, carefree, start bergerak, is bila kawan-kawan active dalam group, cerita benda ringan-ringan, tak terlampau tambah pressure, tunjuk concern (my gurls, ily)

But sebab utama aku start rasa macam "Aku kena bangun!" adalah bila aku terjumpa satu tweet yang sebenarnya aku perceive macam ni la bunyi dia:

Kita ni terlampau fikirkan masa depan sampai lupa nak enjoy masa sekarang

Masa tu mata aku terbuka luas. LUAS OKAY BETUL-BETUL LUAS. Aku cuma berkurung dalam bilik, fikir pasal nak cari kerja (ikut flow orang kan), buat apa yang patut untuk hidup, elak bila kawan ajak keluar (obviously la sebab takde duit haha) macam mayat hidup.

Reason aku macam ni sebab aku malas nak uruskan hidup yang berterabur, kononnya nak tunggu rumah dah siap renovate baru boleh start hidup macam dalam drama, baru boleh jaga muka, baru boleh dapat lighting lawa, baru happy sebab ada sistem terurus, baru bilik cantik. Rumah start renovate pun tengah tahun wana oi, ntah ntah tahun depan pun belum siap.

Then aku decide untuk uruskan balik hidup aku and try buat something yang seronok. Aku macam dalam bola tu, yang aku rasa macam tak boleh nak keluar. Tapi right after aku baca tweet tu, aku macam dah keluar dari bola tu?!? Mindset ni main peranan gila kan!!!

Then aku pun dah dapat kerja.

Aku setup office sendiri dekat dalam bilik yang serba kekurangan ni, sebenarnya masalah aku ni sebab terlampau banyak tengok room goals dekat Youtube. Expectation tinggi.

Aku tak kisah pasal taste aku yang konon nak minimal, aku buat je letak banyak teddy bear kat sudut untuk rasa happy, letak makeup, letak tempat untuk snack. Aku pacak kipas angin berdiri yang kacau permandangan, aku biar je perabot warna lain-lain pun. Totally, fully, motivated.

Aku terfikir kenapa aku tak seronok, sebab aku fikir selagi tak perfect, maknanya belum siap. Maknanya selagi tu aku tak payah bubuh content, padahal masa berlalu ni. Memori perlu diisi. Boleh relate tak dengan blog aku? Blog aku pun aku asyik nak buat perfect, update tak ada pun.

Funny part is, after dah motivated gila-gila ni, sajalah cari balik kat twitter that tweet yang buat aku motivated sangat tu. Turned out tweet tu sebenarnya maksudnya lain tapi aku yang baca lain 😂

Tweet sebenarnya bunyi gini:

Kita terlampau focus kehidupan sekarang tanpa focus kehidupan selepas sekarang

Dia cakap pasal akhirat weh.

Dua kali reflect la macam ni.

Bye!

«

SA

Wana is the name, 23 years old is the age, living the life happily is the forever dream.

Facebook page

Sponsor