25 / 04 / 2015

UiTM Segamat

Assalamualaikum,

Haaa this entry is for those yg bakal dapat sambung study dekat UiTM Segamat tapi tak dapat imagine UiTM Segamat macam mana. Dulu aku pun tak dapat gambaran langsung pasal UiTM Segamat. Dah lah tak pernah duduk asrama, lagi lah tak boleh nak imagine mandi semua macam mana. Takut bila terbayang satu kolah then student kena share mandi ramai-ramai. Hahahahahaha ntah dari movie mana aku tengok sampai begitu rupa gambaran aku ni.

Bilik

First thing yang dulu aku paling curious adalah bilik. Aku tak sure pasal kolej lelaki tapi kolej perempuan ada dua sektor. Sektor B dengan Sektor C, sektor B merangkumi kolej Baiduri dan Mutiara (and nilam kot?) . Dulu aku kolej Mutiara, bila dah jadi komander aku tukar kolej Baiduri. Usually student yang dari awal dapat kolej situ akan tetap duduk dalam kolej yang sama je kecuali berlainan bilik. Satu bilik duduk 4 orang. Sektor C pulak ada kolej SAB, SMK, Intan, dan Zamrud. Aku tak tau sangat pasal sektor C, tapi tak silap aku ada yang duduk 4 orang, ada yang duduk 2 orang.

Yang penting bilik okay je. Ada yang single bed ada yang katil dua tingkat. Usually senior katil bawah junior katil atas. Setiap orang dapat satu meja dan almari/locker. Tu je kot(?) haha. Kalau awak harapkan bilik yang cantik seperti rumah anda memang tidak lah nak dapat yuran kita murah je kan 😉 Tapi trust me bilik tu kalau dihiasi dgn kasih sayang whatsoever memang sayang gila nak tinggalkan T_T

Tandas.
Setiap wing ada tandas, jangan risau sangat kena pegi tandas jauh-jauh. Dan dalam setiap tandas ada banyak tandasssss dan bilik mandi dan singki. Bilik mandi ada banyak dan tak ada kolah besar seperti yang aku terbayang dulu. Haha.

Makan
Kat sini ada tiga tempat makan. NR (berdekatan sektor B) , Intan Food Court (Sektor C) , and Pama (dekat admin) so yeah, nak makan kena jalan kaki pergi makan. Aku ni malas nak jalan sebab tu makan pun jarang. Hahaha.  Btw jangan risau lah, takkan kurus punya lah jalan kaki ni! Sebab aku pun tak kurus-kurus 🙁

Kelas
Ha yang kelas ni, mula-mula memang confusing. Awal-awal memang terpaksa tanya senior yang lalu berdekatan "Kak, U001 kat mana?" Sambil membelek-belek peta. And yes, korang akan dapat buku ni masa minggu orientasi. Yang penting dia sebab ada peta bangunan. Bangunan banyak sangat tu yang buat orang confuse.

Cara baca nombor kelas tu boleh tanya roommate yang senior k (kenyit mata). Jangan risau lah sebab pergi balik kelas jalan kaki je. Tak letih sangat pun, lama-lama terbiasa lah. Untung UiTM Segamat ni tak sebesar UiTM Lendu, dengar cerita depa lagi jauh jalan nak pergi kelas. Takpa, berkorban untuk menuntut ilmu heee.

Pakaian 
Pakaian sahsiah rupa diri, sahsiah rupa diri tu appropiate lah jangan pakai  mini skirt semua kan. UiTM tak haramkan freehair tapi Islam haramkan (kenyit mata). Hm apa lagi eh.. Ha!! Setiap hari Isnin kena pakai baju kurung, tapi ramai jugak yang pakai jubah pada hari ini. Kalau Polis Bantuan buat operasi, yang pakai jubah akan kena saman. Kad matriks pun kena sentiasa pakai k.

Going out
Haaaaaa ni dulu aku teringin sangat nak tahu sebab bila aku google/ or baca forum, diorang cakap segamat ni dalam hutan bandar takde bagai blahblah. Okay, sebenarnya takdelah teruk sangat okay. Takdelah hutan mana, Segamat ni dalam proses untuk maju. Siapa cakap bosan? Kalau free boleh je keluar pergi mall 1Segamat Mall. Orang cakap dalam tu takde apa sangat tapi setiap kali aku pergi banyak gak habis..... hahahaha. Ada wayang, kedai buku, mr.diy,karaoke, UO (shopping barang basah) and jual baju, camera, phone, makanan, more than enough for me ahaha tbh best keluar sorang-sorang pegi 1Segamat ni. Macam tak terlalu bahaya untuk aku sorang and yeayyy aku boleh sorang.

Kalau ada kereta boleh pergi Ledang, Melaka, atau pergi bandar yang lain. Transport nak pergi 1Segamat tu ada bas sekolah yang tambangnya RM3.

Setakat ni tu jelah kot. Kalau ada yang salah mintak tolong komen betulkan, and kalau ada apa-apa nak tanya boleh lah tanya okay 😉 Byeee

kalau nak dapat gambaran pasal life study boleh bukak tag ,  , apa-apa soalan boleh tanya dekat Ask.fm saya http://ask.fm/wnsby

»
«
  • wooo..mcm best!!!! apa ja kemudahan awam untuk keluar dri uitm segamat ke stesyen kereta api???

  • larh…dekat jer ngan tempat kita…^^

  • naik bas sekolah. RM3 🙂

  • hihi yeppp

  • Salam sis, kalau budak baru nak daftar hostel dia tu siapa cepat dia dapat ke apa ye ? And sis,saya nak tanya kalau nak dapat blok C / katil single tu kena datang awal ke apa ?

  • Sebenarnya nasib. Tapi datang awal memang bagus. Kalau katil dua tingkat, awak dapat yang bawah. And blok C katil single tu, depends on nasib kot sebab saya memang tak tahu sangat pasal blok c.

  • Salam sis tq so much for fast reply saya dah nak masuk UITM segamat 2/06 ni.. takut sangat huhu .. Nak tanya lagi kalau sis tak kisah, masa daftar dapat bilik lepastu masa orientasi kan kena pindah bilik lain ke bilik yg sama . Ok, next , masa minggu orientasi baju apa yg kena pakai sbb saya gugel blogger lain dia kata , masa orientasi last day baru pakai baju kurung putih kain hitam and pakai baju tshirt putih seluar hitam masa ada aktiviti sukan , so kalau hari orientasi yg lain tu pakai baju kurung/tudung bebas ke ? Sis tolong jawab saya perlukan jawapan sis now..

  • Waalaikumussalam no problem.

    Awak akan stay bilik sama.

    Yup hari orientasi yg lain tu pakai baju kurung bebas.

  • Anonymous

    salam sis. sy dapat kolej baiduri untuk 1st intake diploma. nak tanya macam mana nak guna wireless kolej ni ? instead of pergi cc siapkan assignment.

  • salam, pergi http://johor.uitm.edu.my/v2/ lepas tu pilih "UiTM Wifi" nanti awak register. Id- no matrik and password no. ic 🙂

  • salam.. sy dari UITM Lendu akan ditransfer ke UITM Segamat.. sana kalau nk g class mmg tak jauh sgt kan? sbb mase kat Lendu kitorang terpaksa naik shuttle utk g class.. jauh sesangat.. T_T

  • Takboleh pun register

  • Tak boleh pun nak register

  • Anonymous

    salam kak klu nak mohon uitm terus pergi kampus boleh?

  • maaf saya tak tahu pasal ni

  • Maaf ye balas setahun kemudian, maybe membantu orang lain skarang ni. Memang tak jauh sangat kelas, memang boleh jalan kali sebab UiTM Segamat kecik je.

»
«

The blog writer

shazwana


An ordinary girl with a lot of hobbies, using this blog to share every pieces of her life, I am Wana without Seoby, a Marketing student who is in love with the art of coding.

Read more about me


+ JOIN THIS SITE

Instagram

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM