19 / 07 / 2015

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum,
(Awas entry panjang dan banyak gambar) Tak tahu nak start macam mana entry ni maka hambarnye. Raya tahun ni aku balik Pahang dulu, aku balik Kg. Guai, Temerloh, Pahang pada Khamis lalu iaitu pada second last puasa. Aku sampai-sampai Pahang je dah nak buka puasa, so aku berbuka dekat rumah tok. Kebetulan tok masak satu periuk ketam masak lemak, pergh.. Btw takde jam pun jalan, clear je. Hehe.

First sampai terus pasang pelita yang kitorang baru beli dekat Ten Ten. Harga murah je lebih kurang singgit lebih je kot? Haha. Kitorang pasang pelita sebab ada adik adik yang serba excited untuk bermain bunga api dan mercun. Haih apa nak jadi adik-adik saya ini.

Kan, aku pun tertanya-tanya kenapa dia bakar lidi padahal bunga api ada. Aku ada cerita tak rumah tok aku dalam hutan? Yes, dalam hutan. Dedulu masa kecik best lah duk dalam hutan ni sebab ada sepupu yang liar suka panjat pokok, gali busut (baru tahu bahaya, dah lah dalam hutan plak tu kitorang gali T_T), main lumpur, petik buah, makan bende pelik, gali ubi. Sekarang korang tahu kenapa aku hitam huhuhuhuu.

Janji, tu last "huhuhu" since orang dah annoyed dekat huhuhuhu ni. haha !

Cerita baju raya. Nak dijadikan cerita baju raya sepatutnya mak nak jahit sendiri, tapi dia busy, so aku balik kampung end up tak bawak apa-apa baju raya. Okay ada satu, jubah/dress yang aku baru beli like 2-3 hari sebelum tu. Pada pagi raya itu, mental aku cair kerana dua sebab :1. Sebab lupa rumah tok takde seterika. 2.Sebab aku bakal jadi penyapu sampah berjaya !

Bukan setakat menyapu, orang nak tumpang kesat kaki selepas wudhu' pun boleh ni. Haih.
Raya rumah Pak Tam, iaitu pakcik yang mempunyai anak yang hensem-hensem belaka. Tak apa, aku yakin Pak Tam tak akan membaca blog ini. Hihihi.

It's a good tudung day. Baik je tudung ni tak buat hal. Ni sayang orang yang teman pegi beli tudung ni (eh??)

Raya ketiga balik Banting pulak 🙂

Selamat Hari Raya maaf zahir batin. Aku nak mintak maaf dekat adik-adik, kakak-kakak, yang dulu pernah gaduh dengan aku pasal hal blogging ni. Aduh, masa tu tak matang betul rasanya. Yang sound cbox aku dengan kata-kata kesat/negative tu aku halalkan je benda dah lepas kan. Dan yang cari duit dekat cbox tu pun aku halalkan je klik tu.. tapi dengan syarikat pengiklanan camne pulak? heheh. Harap dendam kesumat, benci, tak suka, sleck , dapat dibuang 🙂 Aku minta maaf salah silap, bagi info tak betul ke apa ke. tak dapat tolong edit blog memang maaf sangat memang tak boleh. Hm maafkan lah dosaku ini.

Yang aku boleh wish through whatapps tu dah wish dah hehe. Untuk korang yang membaca ni , selamat hari raya ye! Dah besar ni tak hadap duit raya yang penting nak semua ahli keluarga ada 🙂

Bye. 

»
«
  • selamat hari raya ^^

  • Anonymous

    its true. bila dah besar tak megharap sngt duit raya bila visit sape2 tapi bila dengar ada ahli keluarga yg tak dapat balik raya, rasa down je sbb tak dapat berkumpul sama2.

    padahal masa kecik2 dulu rasa down sbb duit raya tak cecah ratus2 tak dapat saing dngn kawan ahahaha :p

    btw selamat hari raya kak wana !! ^-^

  • Selamat hari raya kak wanaaaaaaaaaaaaaaa!

  • best nya raya kan meriah je kalau semua ahli keluarga berkumpul ramai ramai 😀

    anyway, selamat hari raya dear.

  • kannnn selamat hari raya 🙂

  • Selamat Hari Raya too 🙂

  • agree 🙂

    Selamat Hari Raya too <3

  • Mat Raye 🙂

  • Selamat hari raya…Jom Singgah Blog Saya blog koleksiresepiemak

»
«

The blog writer

shazwana


An ordinary girl with a lot of hobbies, using this blog to share every pieces of her life, I am Wana without Seoby, a Marketing student who is in love with the art of coding.

Read more about me


+ JOIN THIS SITE

Instagram

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM