29 / 05 / 2014

Persediaan ke UITM

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, peratus persiapan dah A dah kot. Paling alhamdulillah sekali ialah - aku takde masalah dokumen. Hahahahahaha. Aku selalu rasa aku seorang yang bermasalah dokumen. Tak kira la SPM ke PMR ke UPSR ke, memang masalah. Kali ni semua salinan dokumen penting, pengisian dokumen berjalan dengan lancar buat aku rasa pelik,selalunya aku akan mengadu ic hilang. Pengesahan pulak, tak payah susah-susah mintak dari orang lain. Sebabnya...

Aku : Alamak.. nak kena jumpa ketua penduduk ke untuk pengesahan....
Aku : Faiz !! (memanggil adikku) Siapa ketua penduduk dekat sini?
Faiz : Abah la.
Aku : Bagitau la betul-betul.
Faiz : Betul la -_-

Akhirnya baru aku tau ayah aku Timbalan pengerusi apa ntah. Aku baru tau. Patut lah dia aktif semacam je bila ada aktiviti kejiranan. lepas tu dia keluarkan cop-cop pengesahan yang aku tak tau pun wujud sebelum ni.

Tadi siang aku buat akaun Bank Islam. Nervous, tak pernah pergi bank. (lol) Sampai-sampai je dah ada yang guide, jadi semua urusan berjalan lancar dan cepat. Oh! Aku ingat kita kena buat akaun dulu lepas tu bayar melalui akaun bank kita, rupanya berasingan. Kiranya takde kena mengena pun yuran dengan akaun bank tu.

Lepas tu terus pergi Tesco dengan niat nak mencari baju kurung. At last tak beli baju kurung pun. Grab bebenda ni je.

Tadi pulak, baru je shopping barang dekat Aeon Big. Sekaligus. Pergh. Terasa kehilangan duitnya. Dekat pasaraya tu ambik semua yang paling murah sebab rasa bersalah. Tapi ada pulak beli bende tak guna. hahaha. Penuh la satu troli. Memang first time aku betul-betul pusing satu pasaraya tu. Dekat sana ada jual segalanya so aku pun beli la segalanya dalam list. Itu bukan masalah, masalah aku ialah.. BAJU HARIAN.

Aku jenis yang pakai baju pusing-pusing je dekat rumah and semua pink pulak tu. Memang dah habis berbulu dan tak sesuai dibawa. Nasib baik shopping dekat Aeon Big, t-shirt cikai cikai dia pun bermaterial kain cotton yang lembut dan selesa.

Dekat Aeon Big sini ada kedai kasut yang murah. Beli kasut tapi tak beli stokin. Wana..wana.. Masa on the way ke kereta ada penjual bagi sample minyak wangi dekat kertas. Aku bau terus jatuh hati sebab bau tu bau mak aku. Hahahaha. mak aku ada pakai perfume bau macam tu dari dulu.

Saje je cari sebab untuk rindu mak nanti kan. T_____________T fikir pasal rindu mak pun boleh nangis apatah lagi disana nanti. Homesick oi.

»
«
  • Perghh dia punya shopping. Hihihi. Miza banyak angkut barang yang ada ada ni je. Tak banyak beli. Nak labor duit macam sayang. Huhuhu. Semoga berjaya sayang πŸ˜€

  • kak wana , nanti dekat sana hati hati πŸ˜› jaga diri tauuu xD tak sabarnya nak mengalami alam di university πŸ˜€ tapi lambat lagi TT.TT baru form 4 πŸ™

  • dapat uitm mana wana?

  • banyaknya t-shirt, kain pun nampak sedap. teringin nk beli t-shirt baru

  • Good luck sis ke UITM!

  • thank you n__n

  • Sila ke Aeon untuk tshirt yang selesa. wahaha

  • Segamat πŸ™‚

  • Haha. Thank you atas pesanan, insyaallah. Hm kita rasa nak undur masa je hahaha. Yang penting enjoy waktu form 4 tu :B

  • Kita takde baju yang boleh dipakai sangat T__T lagi jimat lagi baguss. Thank you awak, awak pun sama okay !!

  • Whoaa dekat UITM segamat, johor. I'm johorean XD

  • wahh . cantiknya tshirt . hihi ^^

  • KAU SAMBUNG BELAJAR KAT UITM KEEEE

  • Yup πŸ™‚

»
«

The blog writer

shazwana


An ordinary girl with a lot of hobbies, using this blog to share every pieces of her life, I am Wana without Seoby, a Marketing student who is in love with the art of coding.

Read more about me


+ JOIN THIS SITE

Instagram

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



Β© 2011-2017 WANASEOBY.COM