15 / 11 / 2015

Pengalaman sunburn teruk

Assalamualaikum,
Pada November 2014, akau dapat sunburn teruk daripada satu program latihan. Definitely something yang aku bangga, mestilah. Kalau tak macam mana nak dapat jadi Komander Wana, kan? Beberapa hari latihan tu aku masih okay, bila dah separa gelap tu aku boleh lagi cakap "Eh aku comel jugak kalau warna kulit camni." Hik. (Perangai masuk bakul angkat sendiri ni tak tau waris daripada siapa)

Sehinggalah sampai satu tahap, kulit kat hidung aku terkopek, bila aku try kopek guna tangan ya rabbi dah macam lembu susu tompok tompok putih kulit aku (walaupun lembu tompok hitam, k). Memang menyesal sangat kopek, kepada mereka yang diluar sana, janganlah kopek, biar je dia terkopek sendiri.

Bila kulit dah terkopek, ada kulit baru yang masih cantik putih lagi. Tapi malangnya kulit tu pun terpaksa diburn kan sebab latihan lama lagi nak habis. Time tu memang pasrah gila, tapi tak malu pun sebab everyone sama je hitam legam kopek sana-sini, buruk sana-sini. hahahaha. Lagipun takdak sapa kesah pasal warna kulit dah, muka pun tak heran dah. Semua fokus dekat latihan. Seronok wey omg rindu.

Nak belanja :

Gambar ni tak ada filter k, original shades of sunburn huhuh. Ni gambar after seminggu pertama, bayangkan seminggu kedua pulak burn macam mana? 

Lepas balik dari latihan tu, kena ejek dengan adik pun satu hal, pastu rasa macam taknak bergaya, macam bila keluar just pakai tshirt tudung bawal hitam je, macam "alang-alang dah buruk baik buruk terus." hahahaha gitu. Kalau gelap je takpe tau, ni terkopek, pastu hitam legam macam arang dekat hidung je.

Sepanjang cuti semester aku hanya apply Aloe vera Gel. Yeay ni je tips dia. Hahaha.

Selalu apply macam mask, appy tebal-tebal. Bila free je apply, free je apply, lepas mandi apply, lepas solat apply lagi. Boleh dikatakan sepanjang masa letak Aloe Vera Gel ni. Ada juga kawan aku yang apply tomato (blended), dia kata berkesan. Aku apply Aloe Vera untuk pulihkan balik kulit, sebab kulit memang dah hancur habis kan terkopek sana terkopek sini kering mengelupas semua ada. Bila dah stabil kulit tu aku pakai produk kecantikan yang whitening pulak. 
Aku pakai dnars, memang desperate nak pulihkan  balik kulit. Sekarang kulit dah okay sunburn aku stop, aku pakai something yang lebih ringan pulak macam safi. 
---------------------------------------------------------
Okay nak cakap pasal emosi, sosial, dan self esteem after the sunburn. 
Jujurnya, aku sangat bersyukur. Even lepas sunburn teruk everyone still treat me well. Ada yang bagi semangat "Takpe cantik jugak macam ni.". Self esteem still okay, sebab semua orang terima je. Cuma time macam ni memang tak suka bergaya, pakai selekeh, and tak suka selfie. Bila kau hodoh macam ni lah, baru kau tahu sape sayang kau betul-betul, sape yang ikhlas, dan sebagainya. Bunyi macam poyo alah (sunburn je pun takkan orang nak buang kau dari hidup), tapi memang tak boleh nak explain, something yang menyentuh hati jugak. 
There is someone yang sentiasa ada sampai aku tak malu langsung nak hadap dunia. 
Lagi satu aku cakap dkt diri sendiri, "Takpe dorang tau kulit aku sebenarnya bukan macam ni." "Takpe aku dapatkan kulit aku balik" hhahahahahahahahah 
»
«
  • kak wana beruntungnyaaa surrounded dgn org yg baik and terima apa adanya! btw still comel even muka sunburn camtu kak wanaaa ^_^

  • Tapi sekarang dah lawa huhu ;*

  • teruknya wana sunburn! tp tkpe tetap comel 🙂

  • hahahaha kan, memang teruk. aih malu kita (tutup muka))

  • hahahahaha mana ada T__T

  • kan, bersyukur sangat 🙂

  • Sunburn pun still comel hikhik

  • eh haaaa thank you malu kitaaaXD

»
«

The blog writer

shazwana


An ordinary girl with a lot of hobbies, using this blog to share every pieces of her life, I am Wana without Seoby, a Marketing student who is in love with the art of coding.

Read more about me


+ JOIN THIS SITE

Instagram

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM