Panduan Berblog: Cara-cara membuat blog

18 / 02 / 2017

Assalamualaikum, disebabkan baru-baru ni member aku ada yang sangat berkenan nak buat blog, dan aku jugak jenis yang excited melebih bila member nak buat blog, maka aku nak buat series step by step nak berblogging ni, insyaallah. Mungkin anda sebenarnya berminat nak buat blog, tapi tak tahu nak start dari mana. Betul tak?\

Buat blog menggunakan platform Blogger.com/ Blogspot

Mula-mula kita buat blog dulu ya. Bila kita guna Blogger.com, link blog kita akan jadi macam wanaseoby.blogspot.com. Untuk dapatkan link macam wanaseoby.com, kita kena beli domain - pasal domain ni kita letak tepi dulu ye. Mari buat blog:

 

1. Ada akaun Gmail

Untuk buat Blogger account, kita kena ada account Gmail dulu untuk mengelakkan kepeningan dan sebagainya. Gmail ni saya guna sebagai Email utama saya sebab Email tu lah kita guna untuk Youtube dan semua Google yang lain.

Kebanyakan orang memang dah ada account Gmail yang korang buat masa nak start Android dulu.

 

2. Buat Blog

1. Mula-mula pergi ke Blogger.com

2. Tekan "Create a Blog"

3. Nanti dia akan bawa kita ke satu page untuk Log In ke Google account. Log in menggunakan email dan password Gmail kita.

4. Kemudian, kita akan nampak pop out macam ni.

Untuk Title - Boleh letak nama blog kita. Macam saya, saya letak Wanaseoby sebagai Blog Title. Jangan risau benda ni boleh tukar nanti.

Untuk Address - Address ni link blog kita. Saya punya dulu wanaseoby.blogspot.com. Link blog pun boleh tukar, TAPI, ada effect jika kita tukar url blog, boleh rujuk kesannya di sini.

Tekan Create Blog!

Tada! Kita dah ada blog sendiri.

Semua features dekat Blogger ni semua self explanatory boleh faham dengan hanya melihat nama sahaja.

Posts - Semua post-post blog kita, kat sini nak add New Post, nak edit post, nak delete Post, nak handle labels, dan nak Publishkan entry ataupun nak draftkan entry

Stats - Stats ni pulak kita boleh tengok prestasi blog kita, berapa pengunjung, pengunjung datang sebab apa, dari mana, pengunjung melawat post mana.

Comments - Kat sini kita boleh publish komen, check ada komen ke tak, or delete spam.

Earnings - Yang ni untuk mereka yg berminat untuk menggunakan Google AdSense dekat blog. Awai2 ni tak perlu fikir dulu pada pendapat saya lah. Lagipun kalau nak guna Google AdSense ni ada qualification dia sendiri, tak semua Blogger boleh buat. Saya cadangkan Nuffnang dan 8 Share.

Campaigns - Abaikan. Tapi kalau nak penjelasan, tak silap saya campaigns ni untuk promote entry blog kita. Bila kita promote entry kita, Google akan letak kita first dekat Search Engine. Kalau tak silap dulu pernah terbaca, bagi setiap klik pembaca kena bayar RM0.50. Memang tak lah melainkan kita memang start blog business besar-besaran.

Pages - Kat sini kita boleh tambah page macam About Me page tu dan macam-macam lagi.

Layout - Layout ni untuk susun kedudukan gadget dalam Layout blog kita, tambah gadget, tukar setting gadget, buang gadget, dan sebagainya.

Template - Kat sini lah key untuk segala blog design. Feel free to explore everything dalam page ni.

Settings - dekat Settings pulak ada banyak option2 available untuk Blogger, so kita kena go through and tengok mana tahu ada yang kita nak ubah daripada default setting.

Setakat ni itu sahaja. Nanti kita sambung lagi okay 🙂

 

 

»
«
  • Nice tutorial untuk orang yang baru nak bina blog ni. Nasihat saya, pilihlah url yang matang siap2, kalau url bengong nanti malu sendiri, kalau nak tukar domain pun masa belum femes, cewahhh. Hahahahaha.

    Sebab kalau dah lama berblog baru nak tukar url matang, sayangnyaaaaaa prestasi selama ni hilang.

    Macam yang saya dilema skrg,sobss.

    • Iya samalah, sekali orang dah kenal wanaseoby dah takleh tukar dah hahaha

»
«
WANA, TWENTY ONE
The girl on the left telling you to have a happy reading!

+ JOIN THIS SITE

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM