wana seoby

Kucing baru!

26 / 02 2017

Assalamualaikum, hyeeeee. Actually dah lama nak post since bela deme ni tapi seperti yang saya sebut dalam entri lepas camera boek takde nak tangkap gambar. Last-last pasrah je amek jelah gambar guna phone ni. Lighting pun lighting dalam bilik. Selimut pun selimut barai oh my god apabila anda terlampau risau. Lek lek sudah lah kan.

Aku dah lama nak kucing. Mengidam betul. Walaupun sebelum ni aku ada masalah sikit bab memiliki kucing ni, percaya lah trauma nak ada kucing lagi sebab dulu penah kehilangan kucing nama Kiki dan Lala hahaha (ehh teringat Lala cantik ni). Sampai sekarang aku boleh menangis lagi cerita pasal Lala tak tahu kenapa.

So aku jauhkan diri dari sayang mana-mana binatang peliharaan pun. Padahal rumah aku ada hedgehog, arnab, and sugarglider. Sugar glider (nama dia Botak) kat rumah aku hilang haritu, adik aku yang sedih and tak boleh move on, aku sedih lima minit je. Sebab aku memang elak habis daripada menabur perasaan.

So aku ambik dua ekor anak kucing dekat Ikang, dia bagi free je sebab dia kata dah banyak kat rumah. Maka bermula lah hidup sebagai owner kucing.

 

Masa aku balik rumah adik beradik aku semua cam "Nana kau bod** ke apa?" Hahahahha. Sebab sedia maklum kucing sebelum ni kehilangan sebab kena buang. Means kalau bawak balik lagi mesti mak abah marah sebab kucing - kita pun tahu mereka akan menambah kerja, berak rata-rata, kencing dan beranak pinak. Haha.

Aku langgar je sebab aku betul-betul nak dorang. Turn out kucing ni adik beradik aku semua suka. Daripada adik kedua sampai la paling bongsu kemain obses dekat kucing aku ni. Sikit sikit duk cari mana dorang. Masa first day bawak balik tu bilik aku ni penuh dengan dorang sebab nak main dgn kucing. Eh??

Pastu yang best nye esoknya mak ajak gi beli makanan dorang, pasir dorang semua bagai. Setakat ni mak labur, tiga bag pasir kucing, satu bekas pasir kucing, makanan dah nak dekat 10 kg beli, makanan dalam tin dah dalam 7 tin, dan shampoo dorang. Dia nak belikan mainan tau nasib baik aku cakap tak payah dorang boleh main wayar usb aku je hahahhahahha.

 

Mak pun suka dorang. Tinggal abah je ni. Abah. Tapi dua hari lepas Hitam landing sebelah abah atas sofa, abah biar je. Macam okay la takdelah tak suka haha.

Tapi tu la next week aku dah nak sambung study, siapa nak salin pasir kucing semua. Uish fikir pun aku dah sedih dah. Budak-budak ni la yang annoying aku duk marah sebab kacau aku tido, boleh dia pegi bergurau atas muka aku. Pastu merengek minta makanan, kadang tak tahu dia nak apa. Suka duduk atas laptop masa aku tengah coding, memang rasa nak cekik je hahaha. Em risau rindu.

Ok tu je byeeee

»
«
  • yes memang best. Kadang tu memang rasa cam tetibe nak cari kucing sendiri duk manaaaa. Hehe.

  • Omg sama. Tapi hahahaha kucing rindu kita omg boleh jadi ke. Kucing ni dah lah overly attached dekat saya memanjang nak tidur dekat atas peha je 🙁

  • Sekarang pun dah sedih dah zahi 🙁

  • Kacak pemuda ni..

»
«


© 2011-2017 WANASEOBY.COM