06 / 01 / 2015

Kisah Handphoneku

Assalamualaikum,

Kisah ini berlaku pada sem lepas. Dah lama nak cerita pasal ni dekat blog. Lagipun ada yang tertanya-tanya aku beli phone apa time "dilema" tu. Yelah, dulu poyo nak beli S5 ke Iphone5s (?)  Last last dua dua tak beli. Menyesal jugak sebenarnya hakhak tapi takpelah, aku dapat laptop in the same time kan. Aku tetap benci abang tu sebab brainwash aku, pastu tipu aku -_- dah lah takde free gift, casing rm80 -_- pergh kenapa cam lurus bendul je aku gi beli time tu haih.. haha

Sebenarnya time tu aku beli Zenfone 5. Aku actually memang jatuh cinta dengan Zenfone 5 tu sebab dia lawa dan menawan masa abang tu tunjuk. Camera pun cantik, selfie nampak lawo je, harga pun tak RM2399 macam ip dan s5 haha. So aku terus kasi angkat sama itu handphone.

Selepas 3 minggu menggunakannya, sesuatu tragedi terjadi. Kisahnya masa tu ada Protaqwa (program macam induksi) bila tak dapat buat sesuatu kitorang akan kena denda, ada satu slot ni kitorang kena denda push up. Pastu time push up aku tak ingat yang aku letak phone dalam poket. Dah la tak larat nak buat push up, memang aku jatuhkan badan jela en ennn.

Pastu bila bangun..................... phone aku hancur berkecai dalam poket tu. HAHAHAHA. Tak tau nak nangis ke nak ketawa.

So balik tu aku tidur, then esok malamnya aku call ayah aku.. sambil nangis ((minta simpati hakhak)) Then abah pun suruh beli phone guna semua duit belanja yang aku ada... maknanya.. apakan daya, memang perlukan phone masa tu...

So esoknya aku pergi One Segamat dan terus beli phone baru. Masa tu aku memang jatuh hati habis dekat Asus sebab Zenfone5 tu dah perfect bagi aku. Selfie best, laju, smooth, haaa so aku plan nak beli phone yang sama. hahaha. Tapi dah sampai kat kedai, aku beli Zenfone 6, yelah rugi pulak tak upgrade.

Masa tu Zenfone 6 baru keluar. Aku cerita dekat penjual tu pasal aku beli zenfone5 harga sekian sekian sekian, time tu aku tahu aku rugi beli zenfone5 kat peniaga tu dulu. yeay. Tulah, lain kali survey dulu ye wana jangan main redah. haha.

Mungkin aku ditakdirkan menggunakan phone warna hitam. Sesuai lah, aku tak pandai jaga phone pun -_- Serious la, kalau mak aku mintak tukar phone dengan Note 3 dia pun, aku taknak. Itulah betapa bestnye Asus Zenfone ni. Group whatapps aku ada 19 group, dan lebih kurang 10 tu aktif -_- and 4 group tu hyperactive kalau tinggal je berlambak noti, tapi tak pernah hang or jammed langsung. Btw phone ni belum ada sejarah hang lagi.

Satu benda je aku tak boleh percayakan Zenfone6 ni - ketahanan screen dia. Best macam mana pun, adik aku baru beli harini esoknya dah pecah dah. Okay, sebenarnya adik aku yang ganas kot? hahaha. Rasanya kami berdua memang penghancur la... better jangan guna phone lebih mahal kalau taknak nangis disudut bilik. Gambar dibawah ini adalah bukti kukuh kami berdua penghancur. Aku pecahkan sikit, adik aku pecahkan terus sampai hancur. haha.

Sekarang zenfone 6 dah lagi murah. Aku tengok dah RM6++. Pergh hancur hatiku secepat ini kau jatuhkan harga beb?? Tapi takpe, sesiapa yang suka zenfone tu, rezeki letew. Angkat cepat ! hihi.

Sorry la korang terpaksa tengok cadar aku yang berpelangi ni, aku realistik je. Tak main ah cadar putih putih ni. Hakhak. Byeeee

p/s: ceteka sape bakal makan batu naik cuti sebab dah takde duit? T___T :DDDD

»
«
  • Alaalalaa pecah sygnya. Huhu. Skrg ni anis dgr dah ramai yang tukar ke zenfone. Cemburu ite. Hehe

  • Kelakarlah wana ahahahaha semoga tabah :')

  • awwww nak pilih phone memang susah..Sekarang ni rasanya banyak jugak smartphone yang mudah pecah screen dia~
    Tapi ada jugak yan tahan =~=

  • dua dua lawa (Zenfone 5/6). Roommate ad guna yg Zenfone 5. Kalau selfie mmg perhhh *thumbs up XD Nak kata boleh lawan iypunn takdelah tapi not bad jugak. Takpelah Wana, takde rezeki nak pegang brg Apple pun takpe, Asus Zenfone 6 pun apa kurenggnya kan ? ==,
    hehe

    (http://anies-msletoes.blogspot.com/)

  • GILA PUNYA MANUSIA KAU NI HAHAHHAHA ??? aku dh ckap kau akan menyesal beli asus pfft

  • aku tak nyesal beli asus.

    AKU NYESAL TAK BELI IP5S -___________-

  • hahahaha. Ha'ah, hahahaaha.a.

  • Tulah, bagi yang ganas kenalah cari yg tahan.. haha

  • hahahahaha tq

  • kan, maybe sebab camera lawa kot. haha

  • Anonymous

    haritu kak wana ckp dpt both dri plihan pertama mean s5 and iphone then you said xbeli pom ip. xphm sbnrnye.

  • pilihan pertama : laptop atau handphone?

    and i got both.

  • hmmmm… bila dah push up je skrin dah pecah… nipis gilaa screen dia.. bahaya ni. perabih duit nak beli baru jee… hmmm.. kena pikir banyak lagi ni utk beli ASUS atau tak.. hahah

»
«

The blog writer

shazwana


An ordinary girl with a lot of hobbies, using this blog to share every pieces of her life, I am Wana without Seoby, a Marketing student who is in love with the art of coding.

Read more about me


+ JOIN THIS SITE

Instagram

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM