14 / 03 / 2017

Haul | Eversoft Skinz UVWhite Skincare Set

Hi everyone dah lamaaaa sangat nak update ni tapi disebabkan dekat sini saya rasa macam "omg nak tidur" je everytime dah hadap laptop i can't help. Memang nak cari skincare baru dah lama dah sebab dah lama sangat tak ada fix skincare routine, asyik pakai sabun asal ada je kat rumah tu plus moisturizer. Tapi haritu memang plan nak beli Hada Labo tau sebab masa Part 1 diploma dulu pernah pakai Hada Labo and kulit memang tiptop masa tu.

Tapi bila dah sampai Watsons, tiba-tiba try cari yang lebih kurang tapi harga lebih murah memikirkan kali ni je mak belanja nanti dah kena beli sendiri kot. Mak cakap nanti dah ada duit akak pulak belanja mak ye. Disebabkan dulu dah percaya dengan Eversoft - pernah guna pencuci muka Eversoft yang tulis 100% organic tu.

So I bought this set - macam judi tau main beli je semua. Tapi tak risau sangat sebab kulit bukan jenis sensitive, asal pakai betul2 je kulit jadi okay (harapnyalah)

Dari kiri pencuci muka, toner, dan facial scrub. Beli tiga-tiga sekali dalam value pack so jadi murah sikit. Im sorry I don't rly remember the pricing sebab dah lama.... tapi memang murah sikit.

Facial foam is okay, tak terlalu menegangkan muka selepas cuci which is so okay to me yang kulit kering ni. Facial scrub pulak jenis scrub halus tapi I tak suka dia punya bau sangat tak best. Toner pulak biasa-biasa je.

Penutup botol merah tu krim malam, and penutup silver tu krim siang.

And ni pulak Intensive Whitening Serum. I memang akan beli set whitening sebab set whitening ni akan kurangkan dull skin and betulkan skin tone yang tak sekata and yes memang obses nak putih tapi I don't buy this dgn harapan nak putih terus sebab bro nak putih macam tu pegi beli product local menjanjikan putih selama 7 hari sana pls

Masa awal-awal pakai memang tak ada breakouts ke apa ke semua normal je. Tu lah bahagia nya bila kulit tak sensitive.

Selepas two weeks mengamalkan skincare routine ni, I can say my skin is getting better! Kulit berseri sikit naik la sinar-sinar harapan. Jerawat dekat muka belum turun ada la dot 4 biji penat nak conceal last last biar je haa gi kelas. Haritu skip cuci muka for one night terus dapat jerawat kasih sayang atas dahi. Tapi so far memang suka sangat set ni, best bila skin tone dah makin okay tak ada dull sangat macam orang sakit.

So ni lah rutin skincare baru saya!

Adios.

»
«
  • kak wana, serum tu memang wajib ada ke? kalau x beli takpe ke hehehe

    • Zahi kenapa tak tweet je maigoddd. Tak wajib pun, kalau tak beli tak apa. Serum macam add on lah hehe

      • hehehe sebab tak urgent pun.. ooo okay2 thank you!

  • Arman Yoyong Gulpere

    kak wana, serum bagus x menghilangkn bekas2 jerawat???

    • Serum yang saya pakai ni memang untuk whitening. Parut jerawat memang susah dan ambil masa nak hilang kecuali kalau kita buat rawatan laser ataupun dermarolle 🙂

»
«

The blog writer

shazwana


An ordinary girl with a lot of hobbies, using this blog to share every pieces of her life, I am Wana without Seoby, a Marketing student who is in love with the art of coding.

Read more about me


+ JOIN THIS SITE

Instagram

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM