17 / 03 / 2016

Fuh

Assalamualaikum,
Uih, dah lama tak tenung screen laptop lama-lama tak tau nak update pasal apa.

Fuh, part 4 memang mencabar betul. Bukan untuk budak-budak DBS je, hebat lagi cabaran budak-budak Invest dan dak dak CS. Rasa rabak betul.

Muka pun makin buruk, eyebag takyah disebut.

Bila dah study week, baru lah rasa lega betul. Presentations dah habis, test dah habis tu pun pasrah sebab paper tu dua hari berturut,  paper kedua macam dah takda mood dah nak sentuh buku, report-report dah hantar, event dah tak ada, quiz dah buat, woi, dah habis dah. Lek baru diploma, sat lagi bila belajar atas lagi baca balik mesti gelak punya lah baca ni.

Ala, macam kita gelak macam mana zaman sekolah rendah dulu darab bahagi je pun kita tak boleh dapat A.

Benda aku paling tak suka, bila mouse aku tertinggal kat rumah, dan abah tak bagi aku balik study week ni sebab abah balik Kelantan. Nak beli mouse baru kang melayang rm50 lagi. Kalau aku terpaksa guna pad dekat laptop ni, memang aku jadi hulk.

Pastu aku tetibe buang tebiat rajin duk beli buku Word Search kat kedai ECO. Acah-acah macam nak exercise otak menjelang final ni, aku nak tengok jauh mana aku boleh pergi.

Aku asyik lapar jelah.

»
«
»
«

The blog writer

shazwana


An ordinary girl with a lot of hobbies, using this blog to share every pieces of her life, I am Wana without Seoby, a Marketing student who is in love with the art of coding.

Read more about me


+ JOIN THIS SITE

Instagram

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM