21 / 07 / 2016

Birthday Surprise yang kedua

Asslamualaikum, ergh tak habis-habis kan nak cakap pasal birthday -_- padahal dah tepat dua bulan lepas dah birthday aku sebenarnya. Aku check kalendar terkejut, sebab wah tepat-tepat 7 July pulak harini. Okay spoil, masa aku tulis ni, aku dah lambat nak balik kampung, so aku tak sempat update gak. Harini 22 July dah. Punya lah lama nak update entry ni. 

Apa lagi surprise daripada Birthday Surprise? Birthday Surprise yang kedua. Terkejut mak. Cerita dia macam mana? Aku pun tak faham jalan cerita sebab aku kan bukan planner nya. Aku just datang pastu terkejut pastu makan sampai kenyangs. Hahaha.

Start dengan nak berbuka puasa dekat luar. Memang dah lama plan dah nak berbuka kat luar, kali ni Haja kata Haja nak belanja, katanya nak balas budi yang dolu-dolu walaupun Haja tahu jasa seorang Wana takkan dapat dibalas walaupun seribu tahun bagi pisang emas...em... gurau tapi tak faham gurauan ini. K abai. Tapi disebabkan aku ada kokurikulum (komander keeeeennnns) , Haja ngan Hawa gerak dulu. Aku nanti lepas habis kor baru gerak dengan Abid.

So  cite dia bila aku sampai je dekat bandar Segamat tu, aku tanya budak-budak ni kat mana. Tapi dorang cakap dorang tak habis beli barang lagi. Aku pun jalan-jalan jela dekat Bazaar. Dapat la juga beli otak-otak yang aku dah lama teringin maigod sedap.

Pastu aku dapat text yang budak-budak ni dekat Domino's so aku pun terus jelah pergi Domino's sebab sebelah bazaar tu je. Pastu aku masuk Domino's tetibe pekerja dia panggil "Hawa" aku pun terus jelah amek Pizza tu sebab member aku kan.

Pastu bila masuk je tempat makan... aku nampak Hawa dengan Azri tengah tampal tampal banner.... actually, aku memang tak sedar langsung semua tu untuk aku. Sebab dah sebulan kot birthday aku berlalu serious dah move on. hahahaha. Aku baru sedar bila aku baca banner yang Hawa dengan Azri tengah buat, ada tulis "Wanaseoby" terus aku cam "eh ni untuk aku ke?"

Feeling tu datang bila Haja tetibe datang bawak kek lepas tu nyanyi birthday ramai-ramai. Terharu gila serious. Macam.. apa aku dah buat sampai aku dapat kawan-kawan macam ni. Sampai semua kawan baik aku usaha untuk happykan aku, serious apa je yang aku dah buat untuk dorang? ๐Ÿ™

 "Korang tunjuk muka sikit"

 "Sayang senyum cepat nak hantar gambar dekat abah ni" Eh?

Thank you so much for all the efforts <3

 Nah ni lah Haja dengan Hawa. Nah, amek amek!

 "Dalam gambar ni aku hensem doh"

 Forever awkward nak mati maigod being a 20 y/o is not bad at all.

Ni gambar aib ni. HAHAHAHAHAHA
Kepada Haja, Hawa, Azri, Abid, thank you so much, thank you gila-gila spend masa dengan duit untuk aku even aku tau korang tengah sengkek masa ni. Waktu paling sengkek student!!! Effort korang tu alah aku tak tau la nak balas dengan apa. Hawa jangan la sedih dan jangan lah anggap kau tak dapat lawan kawan aku dekat Shah Alam tu, korang semua aku sayang cukup la usaha korang nak buat aku happy. Jap aku rasa nak nangis ah kat pinggiran jalan hmmm. Aku mohon tak ada lagi la birthday surprise untuk aku untuk kali ketiga sebab dah July dah ni! hahahhaha. 
Bye. Sayang semua. Serious sayang daripada shah alam sampai segamat. Takleh cakap camne sayang dah ni aish. 
»
«
»
«

The blog writer

shazwana


An ordinary girl with a lot of hobbies, using this blog to share every pieces of her life, I am Wana without Seoby, a Marketing student who is in love with the art of coding.

Read more about me


+ JOIN THIS SITE

Instagram

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



ยฉ 2011-2017 WANASEOBY.COM