01 / 02 / 2017

Berpindah ke WordPress

Assalamualaikum dan haiii semua. Selepas dah lama sangat construct blog ubah sana sini, akhirnyaaaaaa akhirnya akhirnya dapat buat entri ni. Keburukan lambat buat entry ni, aku banyak dah lupa kesusahan dan kepayahan berpindah ni. Aku cerita pengalaman aku ikut apa yang aku ingat jelah ok. Amaran entri yang panjang, sebab kalau aku bercerita macam endless hahaha.

Niat

Aku dah banyak baca pasal keburukan dan kebaikan tukar ke wordpress daripada blog-blog otai yang pada ketika dahulu ada pindah ke wordpress. Aku banyak baca pasal 'kehilangan followers' 'google ranking turun gila nanti orang search tak keluar blog kita dah'. And aku pun dah try buat wordpress, tengok macam mano ruponyo wordpress ni kan. So terhasil lah satu blog wordpress yang tidak disentuh. Sila lah ignore link yang sangat pramatang tu ha ha ha. So aku log in, basically tak faham, tak best, limited, aku blah.

Then Erin ada update satu entri ni, pasal wordpress, (rasanya dia dah padam entri tu sebab bila cari tak jumpa) yang mana akhirnya aku dapat tahu WordPress.com dgn WordPress.org tu sebenarnya benda yang berbeza. And WordPress.org rupanya is a platform untuk those yang nak explore more, kira macam upgrade.

Like, ni lah yang aku nak, aku asyik fikir macam manalah blogger-blogger omputeh yang ajar tutorials tu dorang guna domain yang sama tapi dorang boleh post live preview. Faham dak? Macam - http://wanaseoby.com/scarlet-home-1/ or macam demo.wanaseoby.com/scarlet/, macam ni. Aku jenis yang tertanya-tanya macam mana nak buat ni macam mana nak buat tu

 

Keputusan

Aku ada minta pendapat Neymar, and hyung. Tapi aku still takut, malas, tak ada duit, dan aku pun baru je tukar rupa blog dan baru jee selesai update semua tutorial dekat blog. So macam ala, kan dah berminggu duk uruskan benda tu, malas pulak nak spend berminggu-minggu lagi untuk blog. Bila nak update blog kan? ahaha

Aku tak sure mengapa dan bagaimana, tapi lepas seorang anon komen dekat blog aku, and the fact that dia komen tu dekat thread cadangan seseorang pasal "Wana awak boleh consider jual template dekat Etsy" buat aku rasa berkobar sikit. Idk why tapi itu lah yang terjadi haha macam apa je kan?

Memula aku search macam mana nak apply kedai yang ada "add to cart" system tu dekat Blogger, tapi yang ada pun kena embed kedai tu daripada satu web ke dalam blog, and kena bayar sikit fee per purchase.  Aku ada baca kalau kita guna WordPress ada Build in plugin yang nampak best gila. Aku decide untuk redah je.

 

Beli Hosting

Part ni gentle aku tak ingat, sebab aku main redah and google everything, aku tak ingat langsung macam mana aku buat. Yang aku ingat malam tu aku rant pasal anon tu, esoknya dah beli hosting. Hahaha. Haih, so Wana. Buat benda terburu-buru tapi aku rasa tak sabar. Luckily aku buat awal kalau tak sampai sekarang lah tak siap.

Aku beli hosting daripada NetKL. Aku banyak bandingkan dan research yang lain, tapi aku gali sampai ke lubang cacing untuk tahu elok tak server tu. Ada je yang macam murah gila tak percaya boleh ada hosting murah camni, tapi ada pulak review buruk so....... NetKL paling okay lah bagi aku, before ni beli domain pun dorang jawab ticket pun laju je and plan dia pun okay - roughly tengok, aku tak tahu pun apa bende dalam plan tu sebenarnya. lol.

Aku beli myGold,X, simply sebab storage dia sebenarnya. And jangkaan aku memang tepat, storage aku melebih-lebih daripada yang mySilver X, nasib baik tahu tak. Fuhhhhh.

 

Start WordPress

Lepas dah dapat access cpanel (dashboard untuk hosting), aku ikut tutorial daripada NetKL untuk install and run WordPress, so tak ada masalah sebab ada tutorial.

Dapat access je wordpress, aku terus cari cara untuk private blog. Aku guna plugin Under Construction - dan itulah yang korang nampak selama berminggu2 tu. Maaf sangat.

Bila dah boleh access WordPress dan dah siap import blog ke blog yang baru ni, aku terus je google macam mana nak bina WordPress template from scratch, pergh. Blogger pun dah lama edit Simple Template, ni baru sehari WordPress terus nak buat daripada scratch. Masa ni tengah semangat lagi, aku google macam-macam. Aku google everything. Sekarang ni aku rasa WordPress lagi senang nak apply apa-apa rupa pun yang kita nak. Jauh lagi senang daripada Blogger Template - tapi aku pun masih tahu sikit-sikit je.

Sepanjang aku running atas platform WordPress.org ni, banyak jugak lah masalah yang aku hadapi. Tapi semua solution ada dalam google lebih-lebih lagi dalam bidang coding sebab ni kan platform untuk developer. So sesiapa yang ada masalah sikit-sikit yang tak jumpa solution boleh tanya aku mana tahu aku pun pernah hadapi.

 

Engagement

Bagi aku ni satu masalah, sebab for me followers is important. Bukan dekat nombor- tapi keberadaan aku dekat Reading List followers. Sebab tu bila update blog je terus online user dekat blog terus naik, sebab muncul dekat Reading List. Memandangkan blog ni takkan top dekat search engine dah kan. Sekarang rasanya tak ada masalah, blog ni memang ada dekat Reading List, dan dekat sidebar dah letak Google Friend Connect senang untuk Blogger follow.

Aku try engagement throught e-mail list. Yes korang still lagi boleh subscribe untuk join belajar basic coding playground. Aku dah post yang pertama - tapi aku mansuhkan design.wanaseoby.com. Maaf ya.

Blog Stats

To be very honest, thank you so much kepada yang suka cari tutorial dekat blog ni. Tapi stats aku memang jatuh merundum plus tak sempat nak blogwalking langsung sepanjang dua bulan ni.

 

Pendapat

Pindah ke self-hosted WordPress ni memang memerlukan komitmen yang tinggi, contoh kalau tak renew hosting, nanti semua blog dan isi-isinya hilang. Boleh nak dapatkan balik kalau kita sentiasa buat backup ke dalam laptop kita, and kalau orang tak curi domain kita lagi.

So bagi sesiapa yang sanggup bayar RM sekian sekian every year, boleh lah go self-hosted. Bila dah hosting, maknanya awak akan lebih ambik berat dan lebih komited terhadap blog anda. Macam aku ni lepas dah go self-hosted takkan aku nak biarkan je blog macam aku buat selama tiga tahun ni. Planning aku bertambah-tambah dan aku rasa aku jadi semakin serious. Ataupun kita boleh letak sebagai - bila aku dah sanggup nak bayar hosting every year, tu maksudnya aku memang serious? unless la duit aku banyak sampai tak tahu nak buat apa kan haha, So kalau korang sanggup, aku pun rasa korang ada plan untuk serious. Go for it.

And kalau ada antara korang yang join jugak, kita boleh saling bertanya dan kongsi cerita dan masalah.

Thank you sudi baca

Ciawww nak teman Ikang dan Hilmi keluar pergi cari baju chef!

»
«
  • tukar rupa blog sekali, tampar betubi tubi menanti hahaha.
    gigih kot hyung baca post ni guna phone ok guna phone.
    HAHAHA.

    ANYWAY, all the best dengan dunia baru hosting. all the best jugak untuk shop template wana. moga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki wanaseoby.

    AMIN.

    • hahahaha jahat nya, ponat den nak tukar banyak2 kali, janji tak tukar dah
      Thank you hyunggggg, amin 🙂

  • Ana Fatihah

    Woooo. Congratulations!
    Dah upgrade sikitlaa kiranya blog ni kan. 🙂

    • Thank you <3 lebih kurang lah hehe

  • ternganga jugak la baca sebab tak paham sangat tapi dapat rasa kesusahpayahan tu hahaha. All the best kak wana for the shop! 😀

  • Ieyra Ghani

    tak paham pun pasal entry wana yg ni tapi rasa semangat berkobar baca sampai habis. yoksi aura wanseoby

    • hahaha sedih ramai ckp tak faham hahaha thank you gigih bacaaaaaaaaaaaaa XD

  • your blog looks great like always xD

    and wana, please teach me how to put the google followers like the one in your sidebar.

    • Hi Rasya, untuk letak Followers widget tu, saya kena korbankan something –

      Kita kan selalunya dapat redirect blog kita ke wordpress, tapi saya decide untuk korbankan yang tu. Which means those yang datang blog wanaseoby.blogspot.com hanya akan dapat notice pasal perpindahan blog je, tanpa redirect – which means most akan click X je.

      Kalau masih nak juga, saya boleh ajar dengan hati terbuka hehehe:)

      • no problem. I figured that my feed is still not redirecting even though I have put my new feed on the redirect url

        Thank you xD

        • hi rasya. Still nak tak letak followers widget tu? Or rasya nak guna cara saya sekarang ni – redirect url blog lama ke blog baru, tukar blog feed kepada wanaseoby.com/feed pastu letak je link follow blog lama yang guna blog id tu.

  • Selamat berhijrah, hahaha. Nampaknya consistent la Wanaseoby diupdate lepas ni,hihihi, all the best dear.

  • macam susah ja~~~!
    Fara pernah determine nak buat cam ni…one day after my first hiastus…bukak balik blog rasa tak dahh idk why aha…mungkin satu hari nanti…Thanks for sharing. Tahniah kerana stay determine dalam dunia blogging kak ^^

    • Hahaha kena datang mood tu Fara, nanti bila datang mood, memang berkobar-kobar 🙂 Thank you Fara <3

»
«

The blog writer

shazwana


An ordinary girl with a lot of hobbies, using this blog to share every pieces of her life, I am Wana without Seoby, a Marketing student who is in love with the art of coding.

Read more about me


+ JOIN THIS SITE

Instagram

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM