15 / 05 / 2016

Akhirnya dapat pergi pantai.

Assalamualaikum,

Plan asal 
Khamis - Teman Hilmi pergi KPJ Klang
Jumaat - Pergi Manhattan Fish Market sebab ada offer!

Sabtu
Teman Hilmi & Ikang pergi KPJ Klang. Pakai selekeh, oversized shirt, dengan shawl dengan selipar. Sebab pergi hospital ja pun. Borak punya borak tetibe cakap teringin nak pi pantai. Aku dengan Ikang memang dah lama gila meroyan nak pergi pantai sejak awal tahun lagi. So tukar plan, esok kita pergi pantai. Lepas balik hospital kitorang pergi Aeon Mall Shah Alam (dah lah aku selekeh nak mati takpa tebaikan muka ja) nak makan dekat Manhattan Fish Market, tapi tak boleh sebab dapur dorang tengah ada masalah 🙁

Ahad

Pantai Kelanang. Morib, Banting

Silapnya kami pergi masa air tengah surut gila, so, no playing air pantai for us. Kitorang memang takdak niat nak mandi pun, setahu kitorang sini tak boleh mandi pun. Nak celup kaki kat air ja. Tsk tsk. Boleh je pergi dekat air tapi kena lalui lumpur yang sangat jauh.... no way, baju lebih pun tak bawak. 

Alang-alang lighting elok tu, selfie lah sat. Pantai Kelanang ni orang biasa guna untuk photoshoot, sebab tempat kosong and cantik je. Lepas tu kan ada pokok bakau-bakau which is so nice untuk photoshoot. Aku takkan photoshoot kat pokok bakau sebab takut dekat akar dia, dan takut air, dan takut everything. Eeeeeeeeeeeee

Pantai Morib, Banting

Dekat Morib ni terlampau busy makan. Makanan, makanan, makanan *________* Belanja Selfie Ikang featuring Wana berkerut balas wasep.

Pantai Bagan Lalang

Pantai ni paling cantik! Sayangnya sebab air surut kan kalau tak perfect dah ni hahaha. So kitorang just jalan-jalan atas pasir, aku tak ada mood tangkap gambar sangat so semua kerja tu Ikang buat. Time ni pun asyik fikir makan je sampai nampak ketam pun rasa cam "maigod sedapnya kalau goreng ni". Itulah siapa suruh simpan perut untuk seafood. huish.

Ni lah yang paling heaven sekali aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa serious sedap gila everything sebab dah simpan perut lama dah demi makanan ni ha ha ha. Ada tomyam campur (sebab nak kuah je sebenarnya), siakap bakar, udang goreng tepung, dengan kerang rebus kering. yurmsssssss.

On the way balik tu, aku duduk belakang asyik tertidur tapi bila naik 4x4 ni, semua bonggol amatlah tak bagi aku tidur sebab aku akan terbang. Last last aku baring and tidur lena sampai rumah. hahaha

Nah belanja video piggyback ikang. Thank you Hilmi Ikang bawak gi sini muax
Sekian sahaja.

»
«
  • comel kak wana ni 😀

  • Pantai kelanang and pantai morib tue da dekat sangat dgn rumah kitaaa :3

  • wahhh cantiknyaaa pantai. cantiknya wana. sedapnya makanan. XD
    teringin nak pergi pantai jugak T^T

  • yekeee samalah, ni dekat dengan kampung saya 🙂

  • heee thank you XD

  • hahaha thank you XD Kannn dewasa ini susah nak pergi pantai T_T

  • kak wana buatlah tutorial tudung tu, saya wonder lah mcm mana nak pakai mcm tu, kak wana pakai lawaaa

  • insyaallah 🙂

»
«

The blog writer

shazwana


An ordinary girl with a lot of hobbies, using this blog to share every pieces of her life, I am Wana without Seoby, a Marketing student who is in love with the art of coding.

Read more about me


+ JOIN THIS SITE

Instagram

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM