Birthday Surprise yang kedua

21 / 07 / 2016

Asslamualaikum, ergh tak habis-habis kan nak cakap pasal birthday -_- padahal dah tepat dua bulan lepas dah birthday aku sebenarnya. Aku check kalendar terkejut, sebab wah tepat-tepat 7 July pulak harini. Okay spoil, masa aku tulis ni, aku dah lambat nak balik kampung, so aku tak sempat update gak. Harini 22 July dah. Punya lah lama nak update entry ni. 

Apa lagi surprise daripada Birthday Surprise? Birthday Surprise yang kedua. Terkejut mak. Cerita dia macam mana? Aku pun tak faham jalan cerita sebab aku kan bukan planner nya. Aku just datang pastu terkejut pastu makan sampai kenyangs. Hahaha.

Start dengan nak berbuka puasa dekat luar. Memang dah lama plan dah nak berbuka kat luar, kali ni Haja kata Haja nak belanja, katanya nak balas budi yang dolu-dolu walaupun Haja tahu jasa seorang Wana takkan dapat dibalas walaupun seribu tahun bagi pisang emas...em... gurau tapi tak faham gurauan ini. K abai. Tapi disebabkan aku ada kokurikulum (komander keeeeennnns) , Haja ngan Hawa gerak dulu. Aku nanti lepas habis kor baru gerak dengan Abid.

So  cite dia bila aku sampai je dekat bandar Segamat tu, aku tanya budak-budak ni kat mana. Tapi dorang cakap dorang tak habis beli barang lagi. Aku pun jalan-jalan jela dekat Bazaar. Dapat la juga beli otak-otak yang aku dah lama teringin maigod sedap.

Pastu aku dapat text yang budak-budak ni dekat Domino's so aku pun terus jelah pergi Domino's sebab sebelah bazaar tu je. Pastu aku masuk Domino's tetibe pekerja dia panggil "Hawa" aku pun terus jelah amek Pizza tu sebab member aku kan.

Pastu bila masuk je tempat makan... aku nampak Hawa dengan Azri tengah tampal tampal banner.... actually, aku memang tak sedar langsung semua tu untuk aku. Sebab dah sebulan kot birthday aku berlalu serious dah move on. hahahaha. Aku baru sedar bila aku baca banner yang Hawa dengan Azri tengah buat, ada tulis "Wanaseoby" terus aku cam "eh ni untuk aku ke?"

Feeling tu datang bila Haja tetibe datang bawak kek lepas tu nyanyi birthday ramai-ramai. Terharu gila serious. Macam.. apa aku dah buat sampai aku dapat kawan-kawan macam ni. Sampai semua kawan baik aku usaha untuk happykan aku, serious apa je yang aku dah buat untuk dorang? 🙁

 "Korang tunjuk muka sikit"

 "Sayang senyum cepat nak hantar gambar dekat abah ni" Eh?

Thank you so much for all the efforts <3

 Nah ni lah Haja dengan Hawa. Nah, amek amek!

 "Dalam gambar ni aku hensem doh"

 Forever awkward nak mati maigod being a 20 y/o is not bad at all.

Ni gambar aib ni. HAHAHAHAHAHA
Kepada Haja, Hawa, Azri, Abid, thank you so much, thank you gila-gila spend masa dengan duit untuk aku even aku tau korang tengah sengkek masa ni. Waktu paling sengkek student!!! Effort korang tu alah aku tak tau la nak balas dengan apa. Hawa jangan la sedih dan jangan lah anggap kau tak dapat lawan kawan aku dekat Shah Alam tu, korang semua aku sayang cukup la usaha korang nak buat aku happy. Jap aku rasa nak nangis ah kat pinggiran jalan hmmm. Aku mohon tak ada lagi la birthday surprise untuk aku untuk kali ketiga sebab dah July dah ni! hahahhaha. 
Bye. Sayang semua. Serious sayang daripada shah alam sampai segamat. Takleh cakap camne sayang dah ni aish. 
»
«
»
«

Assalamualaikum, hi semuaaaaa

Baru-baru ni aku pergi Kedai Ustaz dekat Kompleks PKNS Shah Alam, kedai ni kau datang la pukul berapa pun mesti penuh orang. Kedai Ustaz pun lambat tutup sebab orang tak berhenti-henti masuk dan memilih barang. Yang best pasal kedai ni sebab kedai ni jual barang dengan harga yang sangat-sangat murah dari harga aksesori phone kedai lain. Eh? aku dah bagitau dah ni kedai aksesori gadget?

Aku pergi sebab nak pasang tempered glass dekat phone aku. Baru pecah haritu, huhu takleh hidup weh takde tempered glass ni rasa tak selamat je phone aku. Aku ni dah lah kasar baq hang. Tapi bila dah datang sana takde maknanya aku nak beli tempered glass je, huhuhu.

Beli tiga casing, 5 tempered glass (4 pasang, 1 beli dan pasang sendiri), 2 cable, 1 monopod, 1 adapter. Total dalam - RM85 gak laaa.

 Casing untuk Note 2, Rm6 je. Casing untuk Samsung yang famous-famous memang banyak jenis. Casing untuk phone yang tak famous pun insyaallah ada tapi tak banyak la jenis, jenis casing common je.

 Casing untuk phone aku Oppo R5, Okay, for your information, dekat sini tak banyak casing untuk Oppo R5, ada jenis flip (definitely not my type la kan), ada yang silikon transparent, dan ni tetibe aku terjumpa yang ni!!! Ni kira nasib baik sebenarnya ada jenis ni, kalau tak aku menangis je la sebab asyik guna yang transparent je.

Monopod RM3 je. hahaha. Actually, ni memang saja je beli. Ada je monopod yang mahal, tapi mahal tu pun tetap murah, cuma aku tak perlukan monopod pun, so beli ni memang saja-saja sangat. Hahah. 

Ni untuk elak daripada anak beranak berebut charger kat rumah. Aku pun tak pasti lah adapter ni masih boleh guna ke tidak, selalunya adapter murah ni senang je nak meletup kan? Nanti aku update balik k (bila la tuh -__-)

Tempered glass pulak mintak je nak jenis phone apa, nanti dia bagi tempered glass tu, kita bayar. lepastu kita bawak ke tempat pemasangan pulak, dia pasang kejap je. Aku try pasang sendiri dekat phone mak aku, senang je no harm 🙂

Adios!

»
«
»
«

Assalamualaikum,
Ya Allah, lama dah tak update blog padahal banyak masa free tau. Asyik tak jadi post je, banyak dah gambar dalam phone diambil dengan niat nak post entry, asyik tak menyempat je sebab buat benda lain haiyaaa. Nak kata tak ada mouse, minggu lepas baru dapat balik ambik mouse kesayangan itew. #TeamTakBolehHidupTanpaMouseSebabSakitHati Maaf sangat-sangat kalau ada yang menunggu entry dari blog picisan ini.


 Sedang menonton drama ni, maigod, forever a fangirl of Bang Minah!  Tapi kali ni hero dia comel lah hahaha ;___;

Nothing much, pegi kelas balik kelas, keluar jalan, berbuka, bazaar, yang penting - cermin mata baru sebab spec lama hilang . Adios

Ada sesiapa tahu tak kenapa bloglist tak boleh update? Dah tambah blog dekat bloglist tapi dia tak keluar pun? T__T 
»
«
»
«
WANA, TWENTY ONE
The girl on the left telling you to have a happy reading!

+ JOIN THIS SITE

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM