random

31 / 03 / 2016

Harini aku telek sorang-sorang, aku tengok dorang kelakar masing-masing, aku yang tak cuba kenal dorang. Tak cuba rapatkan diri.

Harini aku tak ada motivasi nak mula belajar, aku rasa "kesuntukan masa" adalah motivasi terbaik. Untuk kesuntukan masa, aku kena tunggu esok paper. Baru semangat waja membara.

Harini aku rendahkan ego aku, walaupun aku marah, aku sedar aku sayang orang tu. Aku fikir, benda dah lama, kenapa aku pergi marah lagi. Menyesalnya Allah je yang tahu, Allah bagi jalan, kena pulak harini birthday orang tu.

Mood asyik nak main kertas je. Macam tak sedar tengah final sekarang ni, kadang-kadang aku buka htmledit.squarefree.com taip-taip coding sikit, pastu hilang motivation, aku tekan X, tak worth pun nak save coding simple out of boredom camtu.

Okay, study wana, study!

»
«
»
«

Assalamualaikum,
So lepas aku update pasal tong sampah tu, kawan aku ingatkan aku pada sesuatu. Korang tak marah kan aku teruskan #TheLittleThings ni? Ala saja nanti dah besar mesti baca gelak-gelak entri-entri gini hahaha.

So cerita bermula apabila aku dah siap pergi kelas, pastu aku haus gila, aku pergi mesin gedegang. Padahal dah lambat, tapi haus punya pasal kan. Dekat mesin gedegang tu cakap dia terima duit baru dan lama. Pastu aku masukkan duit, boleh pulak dah RM1.60 (kebetulan semua duit lama) , lagi RM0.10 je lagi untuk dapat air, duit baru yang aku try masukkan dia tak terima. Dahellll.

Aku dah masukkan 1.60 kot takkan nak tinggalkan tempat tu semata-mata sebab tak cukup seploh sen. Pastu aku call Neymar, mintak tolong dia datang bagi aku seploh sen. Tapi mamat ni tak angkat call pulak. Zzzzzz. Pastu aku tunggu je kat mesin gedegang tu sampai lah mamat ni angkat call, dia baru bangun. Dehelll (again)

Pastu aku dah give up aku biar jela 1.60 tu T____T

Aku pun gi kelas, damn it dah lambat 40 minit. Dah la mass lecturer. Pastu aku duk luar dewan tu main twitter macam orang tak keruan sebab malu nak masuk. Serious malu sangat sampai tanak masuk haha. Bila tweet, kawan kat dalam suruh masuk tapi aku degil tahap apa dah. Bila Neymar sampai, baru aku masuk kelas tu sekali dengan dia. [ No bashing, saya memang bukan student contoh puhlis]

Gigih aku cari tweet ni. 

Point penting di sini ialah, SEPANJANG KEJADIAN DI ATAS SAYA SEDANG MEMEGANG SAMPUL SURAT YANG BERISI DUIT BELANJA KERANA PURSE SAYA TERTINGGAL DI KERETA SO GUNA SAMPUL SURAT JELA. fuh, penat capslock.

Sampai kat sini aku dah buntu, tadi aku nak cerita pasal sampul duit, ntah apa kena mengena dengan mesin gedegang ntah. Ala nanti orang bosan camane? Okay.

So masa dekat kelas Fin, aku tetibe tercari-cari sampul surat aku tu. Aku wasep Neymar, mak ai, dia tak silent phone, hahaha dah lah kuat noti dia. Pastu dia cakap dia takde pegang sampul tu. Pastu aku pun macam tercari-cari sampaailah madam tanya aku "Kenapa Shazwana?" pastu aku pun minta kebenaran nak pergi DK(kena panjat bukit) sebab takut tertinggal kat mass lecture tadi. Aku naik, aku cari-cari, takda. Aku dah pasrah. Dalam tu ratus-ratus kot.

Bila aku balik kelas Fin, aku wasep Neymar lagi, cakap memang tak jumpa. Pastu dia pergi kat madam cakap nak gi toilet, dia gi naik DK cari duit aku tu. Tak lama lepas tu madam bagi take 5, aku terus keluar kejar Neymar. Masa dekat DK aku nampak dia jalan ke arah aku *macam superman belakang tu ada letup letup asap sambil slowmotion* dia pegang sampul tu dan membebel-bebel bla bla bl bla bla bla bla bla

Aku tetap nak salahkan dia sebab tinggalkan purse aku dalam kereta -________- kan? salah dia kan? kalau ada purse takde la hilang duit tu. Kuikui, gurau. bye

»
«
»
«

Korang ada tak tengok cerita Spongebob Squarepants episod Spongebob hilang indentiti tu? Puas dia dengan Patrick cari nametag dekat tong sampah besar. Well, saya sudah pun merasaa pre-feeling mereka. Apakah yang terjadi?

Long story short - Aku terbuang kad matrik dalam tong sampah KFC, KFC buang sampah kat tong sampah besar tu, Shakirul Neymar Alexander The Great tolong cari kad matrik tu dalam tong sampah besar tu, jumpa. Done. 
Terjadi apabila kami berempat decide nak duk KFC study law, pagi esoknya balik. Masa otw balik tu boleh pulak sembang pasal baucer buku 1 Malaysia, nak claim kena ada kad matrik and ic kan, aku teringat something!
*flashback*
Hatiku menyumpah-nyumpah, dorang ni janji pukul 10 nak turun. Aku call pukul 10:20 still kat bilik lagi, mana lah aku tak bengang. Menyumpah-nyumpah bengang pun perut masih lapar, dekat tangan ada KFC. Ya, aku kirim KFC kat member sebelum tu, belum sempat dia balik aku terfikir nak pergi KFC pulak. Aku bawak jelah KFC yang dia beli tu. 
Aku cari tempat duduk, tak best pun, aku duduk dekat divider parking bertemankan tiang lampu jalan. Time aku duduk, kad matrik aku terkeluar dari poket. Alamak, tanda-tanda gemuk ni. Aku amek kad matrik tu letak dalam plastik KFC yang aku nak ngap kejap lagi. 
Sebelum balik dari KFC, aku kemas-kemas tempat, buang sampah dekat dalam plastik tu, yelah, sumpah aku sangat perlukan study-di-kfc ni seriously sebab ni je tempat aku ada mood nak study, and 24 hours. Pls, pekerja KFC ampunkan saya T___T okay melalut ke lain pulak. Kesimpulannya, mengemas sebab nak jaga hati pekerja di sana supaya tidak menyumpah saya duduk disitu lama-lama. 
Aku pun buang lah plastik tadi tu ke dalam tong sampah yang nampak macam pekerja tu nak buang sat lagi, sebab dia dah keluarkan tong sampah tu daripada bekas dia. Can u imagine? 
*end flashback*
Aku pun terkedu sikit...cakap dengan nada mengada "emm abid..........aku rasa kan kita kena patah balik la..." jap, aku tak ingat aku cakap apa.  Masa on the way tu aku bayangkan sampah tu dah naik lori sampah, pastu aku terbayang aku kena kejar lori sampah, yang macam dalam kartun tu. 
Dah sampai tu, tanya pekerja, dia dah buang kat dalam tong sampah besar tu. Shakirul Nyemar Alexander The Great yang tolong buka satu satu plastik sampah dengan hati-hati sampai jumpa kad matrik aku. Hahahahaha! 
Tetibe rasa gatai nak kawen. 
k gurau. 
Bye
»
«
»
«
Assalamualaikum,
Hi!! Ingin dapatkan produk kecantikan yang famous famous di Instagram? Tak tau seller mana nak beli? Okay meh sini kak Wano nak suggest satu business yang kawan Kak Wano baru je start. Support member cikit. 
Antara produk-produk yang dia jual : 
Sangatlah interested dengan coffee scrub and foundation tu aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T_T Kalau berminat boleh contact whatapps Hamiza = +60183118496. Nak tanya-tanya dulu pun boleh jangan risau, jangan malu. Mai mai. 
»
«
»
«
Assalamualaikum

Hi everyone bapak lama tak update. Tah la, nak kata busy.. more to tak ada internet kot. Okay so harini nak update challenge ni. Tak pernah buat challenge. Actually someone dah buat challenge ni dekat aku and aku macam….ha ha ha hambar.

So bila aku buat, aku rasa cam confirm aku takkan dapat jawapan yang lawak. Sebab aku ni sejenis yang selalu cakap “rindu” bila aku rindu. Aku tak ego sangat. Hahahahaha so bende ni  macam usual untuk aku buat.

So thru this challenge korang akan tau senanya aku  ni cam hambar hambar je senanya lols sebab bila aku cakap rindu orang tak pelik, dorang akan balas balik hahaha or diorang akan hambarkan aku. Dah ah, hambar. Malas nak buat.

haja

Dia tak pelik, kitorang senanya pantang cuti je mesti tak sampai sehari kat group dah sibuk luah rindu tak habis-habis.

ikang

Bermula lah video call melalui wechat yang tak habis-habis. Tapi last-last ikang ditch aku, dia end call sebab seorang lelaki call dia. JAHAT TAK POMPUAN NI

aina aqilah segamat

Aina ni memang ego dia tak boleh nak cite, biar kan dia biar kan. Pantang aku cakap sikit je mesti cakap "Takut rindu aku kan?" Notes: sape perasan orang rindu dia, dia lah yang rindu orang tu 😛 

aina aqilah shah alam

nad

ni memang nampak sangat tak rindu aku, ubah topik. 

shakirul neymar alexander the great

 tah lah takleh komen lebih-lebih.

limah

kitorang memang tak rapat sampai dia dah hidu prank prank sikit hm haha

bang nok

sayang bang nok, btw dia bagi voicenote dia sendawa -_- 

Rasanya tak sampai 10. Ada lagi yang aku cakap rindu tp tak sempat transfer. Aku dah buat, korang buatlah!  Okay through this entry korang tau aku ni jenis camne. hahaha okaylah byeeee 

»
«
»
«

Assalamualaikum,
Uih, dah lama tak tenung screen laptop lama-lama tak tau nak update pasal apa.

Fuh, part 4 memang mencabar betul. Bukan untuk budak-budak DBS je, hebat lagi cabaran budak-budak Invest dan dak dak CS. Rasa rabak betul.

Muka pun makin buruk, eyebag takyah disebut.

Bila dah study week, baru lah rasa lega betul. Presentations dah habis, test dah habis tu pun pasrah sebab paper tu dua hari berturut,  paper kedua macam dah takda mood dah nak sentuh buku, report-report dah hantar, event dah tak ada, quiz dah buat, woi, dah habis dah. Lek baru diploma, sat lagi bila belajar atas lagi baca balik mesti gelak punya lah baca ni.

Ala, macam kita gelak macam mana zaman sekolah rendah dulu darab bahagi je pun kita tak boleh dapat A.

Benda aku paling tak suka, bila mouse aku tertinggal kat rumah, dan abah tak bagi aku balik study week ni sebab abah balik Kelantan. Nak beli mouse baru kang melayang rm50 lagi. Kalau aku terpaksa guna pad dekat laptop ni, memang aku jadi hulk.

Pastu aku tetibe buang tebiat rajin duk beli buku Word Search kat kedai ECO. Acah-acah macam nak exercise otak menjelang final ni, aku nak tengok jauh mana aku boleh pergi.

Aku asyik lapar jelah.

»
«
»
«
WANA, TWENTY ONE
The girl on the left telling you to have a happy reading!

+ JOIN THIS SITE

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM