Takpe, kau kan dah pandai.

28 / 05 / 2015

Assalamualaikum,

Hari demi hari, aku asyik luahkan pendapat aku tentang sesuatu perkara je. Wahaha. After reading some tweets yang lebih kurang sama sejak kebelakangan ni, lebih-lebih lagi daripada hashtag #UiTMConfession.

Students asyik tak puas hati bila orang lain cakap dia tak study lagi, tapi dia dapat result bagus.

"Weh, kau dah study banyak mane?"
"Ntah. Aku tak start lagi. Tak paham ape pon"
-best student tapi hipokrit-
#UiTMconfession

Me: "How was the exam?"
Friend: "Very hard because I did not study" *when the results are out*
Friend - highest in the class
Penipu haram

I saw this one tweet yang tulis "Aku belajar bagai nak rak tak score pun, kawan yang main main tulah yang dapat result bagus" something like this.  I really, really, really hate this mentality.

Kadang-kadang kena bersyukur dengan apa yang kau dapat, setimpal dengan usaha kau, kalau tak dapat, usaha lagi. Jangan mempersoalkan effort orang lain untuk mencapai keputusan tu, mana kau tahu dia main-main? Dia just tak tunjuk je cara study dia. Rezeki Allah, tu satu hal, tu rezeki dia. Doa ibu bapa dia, doa dia, semua tu main peranan.

Tayang jadual final haritu. Fuh gap hari yang tak berapa nak jauh sangat.

Ha! Aku pernah, satu test ni aku memang tak study apa-apa atas sebab tertentu ((keluar dewan exam terus menangis call bff hahaha)) tapi bila aku cakap aku tak study apa-apa time tu, everyone be like "Eleh Wana ye lah tu" hahaha suka hati lah nak percaya ke tidak malas dah nak ulas dengan lebih lanjut. haha

bye

»
«
»
«

Assalamualaikum,
Last week last minute tetibe Syina ajak pergi FBP2015, dah lah ajak last minute, pastu suruh cepat. Nasib baik ku baru balik dari kenduri dah separuh siap! haha

Mula-mula sampai dah tengok autoshow. Aku tak berminat dengan kereta, diorang berminat lah. Maybe aku kena ada kereta dulu kot baru berminat dengan kereta? haha. Tapi gempak ah speaker tu keboom keboom menari. Speaker jelah yang mampu acah-acah nak meletup tapi tak explode pun.

"Nana taknaklah aku nampak gemuk dalam ni" Lupa ke kita memang demok.

He used Paint Tool Sai and a graphic tablet. Meanwhile aku guna Paint Tool Sai untuk buat garis-garis je what is life.

Okay Sam, okay .

Okay bosannya kan. Sebenarnya aku lupa apa jadi pada hari itu. Yang aku ingat,  balik penat gila sampai tidur dalam kereta then shawl habis terlingkup! hahahaha. Bye!

»
«
»
«

Assalamualaikum,

"Kak, macam mana buat group assignment sebab saya jenis awkward tak reti bergaul" 

Tak muat kot ask.fm tu nak balas full story. Okay bradarrr and sistarrrrr biar saya flashback dulu. Dulu Wana ni masa mula-mula masuk semester satu pun macam awkward penguin, tapi ekceli my classmate sangat friendly. Awal-awal dah mintak nombor and buat group kelas. Dalam group kelas aku aktif (be active in class group for a while k) masing-masing hanya kenal nama, tak kenal muka sangat. Then kita cam "Oh ni Ahya" "Oh ni Aiza" then naturally akan tegur dalam kelas. Ada sorang ni "Oh kau lah Wana?"

Tapi aku ni jenis takde geng, duduk je mana mana suka. Gerak sorang. Idk it's a natural flow kot kalau lecturer suruh bahagikan group, orang akan tanya aku "Wana dah ada group belum?" " Kalau takde join kitorang" "Haa group Mai kosong, masuk group tu". People actually kisah kita dah ada group ke belum, see how caring my classmate are. hakhak

Jangan risau sangat sambung belajar tu, just be kind to everyone 🙂

 Group Assignment MGT, time ni aku tuang habis sebab ada event. Sorry korang T_T  (Sorry to Abid sebab dia yang ambik gmbr ni last last dia yang takde dalam gambar hahaha) Thank you so much. Someone please help me getting out from the selekeh zone pls pls.

Assignment Arab. Kitorang kena buat video dan kami stay JB for few days memang best gila <3

Assignment MKT. "Nanti aku bagi hang hadiah hang campak" Kata Zulfiqar kepada Wana. Abid si cameraman memang suka ambik candid kan kan.

Familiar faces? Yes. Kadang kadang kalau ada group assignment kita cari orang sama je. Kadang-kadang kebetulan je.

Bye.

»
«
»
«

Assalamualaikum, and hai. Yeah dapat inspiration nak update! Semuanya start dengan tweet aku sendiri

sapa dapat Uitm Segamat sila say hai dekat PM Hawa dari Wanaseoby. HAHAHAHA
— wana (@kei_binn) May 20, 2015

Well one of my friend jadi PM, garang tak garang belakang cite Cakap "Kak Wanaseoby kirim salam sayang" gitew! hhahahaa.

Satu bilik keluar sama-sama lepas last paper heee 

Aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku as a student dua sem di UiTM Segamat jelah ye, things might be different from other students, well at least bagi gambaran yedok? Bismillahhirahmanirrahim (Boss suruh baca bismillah dulu sebelum mula). First of all, aku akan buang jauh-jauh life sebagai komander sebab it's a total different thing from ordinary student. Kitorang extraordinary, special, gojes, lagi menawan kehkeh. ok gurau.

Btw boss tu dah habis study dah, takleh move on sebab tu layan kitorang lagi hehehe
Second of all, korang kena tahu yang student life ni gold. Bila dah kerja, kau akan rindu life as a student, I don't know much sebab tak pernah rasa tapi orang sekeliling cakap macam tu. So masa study tu, enjoy dan jangan spoilkan diri sendiri dengan menangis sebab lelaki(penting), menangis sebab gagal (so buat betul betul dik), buat benda benda tak elok. Kasi smooth je study tu, stress pun sebab kena study esok test je dan event-event yang malas nak pegi je!

1. Perlukan duit belanja yang banyak. 

Sebelum start masuk lagi dah banyak benda yang aku kena beli, sebab banyak barang kongsi dengan family. Takkan nak bawak ke sana pulak kan? Makan dekat sana memang hari-hari beli, kalau yang pemalas rajin macam aku memang makan sehari sekali je. Makanan pun harga biasa tak mahal macam kau makan dekat restoran di mall-mall yang satu set RM18.90 matilanak kalau hari hari camtu. Haha. Average harga makanan kat UiTM Segamat (U lain tak tahu) dalam RM4 or RM5 per serving.

Penggunaan duit yang banyak ni apabila mula-mula masuk, seriously waduh duit belanja di tangan boleh dikatakan habis terus!

  1. Buku nota lecturer suruh beli harga tak semurah buku rujukan SPM. Usahalah beli buku senior dari sekarang, mentionlah sesiapa di twitter dan contactlah sesiapa yang patut.  
  2. Duit elektrik kolej. Satu barang RM10. Contoh Charger lappy 1 = RM10, Charger phone = RM10.
  3. Yuran Kor, Yuran Course, Yuran Kolej
  4. Baju Kor, Baju Course, Baju Kolej.
  5. Duit gi beli barang makan macam -- maggi, coklat, dan sebagainya. 
  6. Untuk Wana sahaja : Pergi One Segamat konon nak release stress ceh stress sangat kah ? haha 
Satu je aku cakap.. kita hidup ada yang susah ada yang senang saling give and take lah ye 🙂 


2. Rutin Harian 

Rutin harian be like -

Click for full size image

Mula-mula je free sampai cakap "Akak, hidup u memang bosan camni ke kak?" Lama-lama...  rasa sendiri assignment test quiz bagai tu hakhak. Sekali lagi pelajar Part 1 bawak bersabar ye banyak event yang mewajibkan kehadiran anda.

Kepada yang pergi kor, lebih-lebih lagu UiTM Segamat, jangan benci komander tau C: Jurulatih Bomba baik-baik tau! 

Dua ni je, lagi nak tanya apa? Sebab aku tak tau apa yang korang tak tahu haha......... ><

»
«
»
«

Assalamualaikum,

Kami ber-16. Kesemua 16 orang dari kami berjaya habiskan ujian kecil selama dua minggu dengan jayanya. Kami ber-16 berjaya juga habiskan satu sem bersama walaupun banyak ujian yang menimpa. Gara-gara kesilapan daripada sesetengah kami, semua enam belas menanggung kesusahannya. Kita beruntung sebab kita ramai, rapat kita macam family. Mata-mata yang lain cemburu akan keakraban kita. 
walaupun tak cukup 16 senanya gambar ni ;p 
Tapi sayang, aku takut kita tak dapat kekalkan jumlah kita. Aku tahu kau orang dah cuba yang terbaik untuk pertahankan kedudukan. Rintangan yang datang bukan dari diri sendiri, tapi dek desakan orang-orang tersayang yang risaukan masa depan kau. Walaupun kau tahu, ada caranyaa untuk buktikan kau boleh. Tapi kau tak yakin. 
Tak apa, aku harap, sesiapa sahaja yang tidak dapat kekal tetap berada dibelakang kami dan menyokong kami. Doa dipermudahkan juga buat kami. Maafkan aku, pernah sakiti kalian. Pernah buat kalian berasa putus asa, gara-gara aku. Maaf. 
Ada tiga minggu lagi. Kalau kau rasa buah fikiran kau tu sudah masak, masaklah lagi sehingga hangus. Utamakan redha Allah, keluarga, dan barulah kami serta harapan mereka yang telah titipkan beribu amanat kepada kita. 
»
«
»
«

Assalamualaikum,

Semua pelajar UiTM apa khabar pagi ni? Baik tak? Hakhak. Start dari semalam kitorang semua dah dapat result, dapat melalui email. Apa aku mampu cakap alhamdulillah sangat rezeki Allah. Aku dapat result, aku sungguh tak sangka gila sangat bangat (haa apa lagi perkataan penekanan yang boleh hahaha) sampai aku menangis. Menangis ko tahu? Last sem aku memang feeling-less bila dapat result sebab aku tak tau nilai pointer tinggi macam mana.

Sem ni memang susah, bagi aku susah sangat, susah enough untuk aku cakap dekat abah "Sorry abah sem ni memang tak boleh lah". Aku sangat benci semester 2 sampai aku buang semua bahan kertas semester 2, kalau bandingkan result test sem 2 dengan sem 1.. hambarnya. Sebab tu lah aku tak sangka, tak expect dapat lebih dari 3 pun. Aku tak letak harapan langsung. Aku tak suka bila orang cakap aku takpelah aku pandai semua blahblah .

Aku plan result ni, aku taknak bagitau mak abah dulu sebab aku dah hagak teruk . Haha. Tapi bila dah dapat result, I screamed and cried. Terkejut sebab yes, bagi aku semester 2 aku dah musnah sangat-sangat. Idk how to explain tapi semester 2 buat aku rasa macam loser gila. Dapat result yang melebihi expectation buat aku happy sangat-sangat, sampai rasa nak kejut mak abah terus. Haih tak tahu lah, nampak nya bila dapat sesuatu selepas susah lebih bermakna, kan?

Thank you sangat dekat lecturer, dekat groupmates assignment, dan semestinya parents yang banyak  bagi duit sepanjang sem ni hahahahahahaha. Tak tak, terima kasih atas segalanya mak abah. Walaupun mak suka balas whatapp akak pendek je, akak tahu tu memang style mak balas whatapp. kehkeh.

Tahniah korang yang dapat result 🙂 Nah lanje lagu favourite !!

»
«
»
«
WANA, TWENTY ONE
The girl on the left telling you to have a happy reading!

+ JOIN THIS SITE

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM