UiTM Segamat

25 / 04 / 2015

Assalamualaikum,

Haaa this entry is for those yg bakal dapat sambung study dekat UiTM Segamat tapi tak dapat imagine UiTM Segamat macam mana. Dulu aku pun tak dapat gambaran langsung pasal UiTM Segamat. Dah lah tak pernah duduk asrama, lagi lah tak boleh nak imagine mandi semua macam mana. Takut bila terbayang satu kolah then student kena share mandi ramai-ramai. Hahahahahaha ntah dari movie mana aku tengok sampai begitu rupa gambaran aku ni.

Bilik

First thing yang dulu aku paling curious adalah bilik. Aku tak sure pasal kolej lelaki tapi kolej perempuan ada dua sektor. Sektor B dengan Sektor C, sektor B merangkumi kolej Baiduri dan Mutiara (and nilam kot?) . Dulu aku kolej Mutiara, bila dah jadi komander aku tukar kolej Baiduri. Usually student yang dari awal dapat kolej situ akan tetap duduk dalam kolej yang sama je kecuali berlainan bilik. Satu bilik duduk 4 orang. Sektor C pulak ada kolej SAB, SMK, Intan, dan Zamrud. Aku tak tau sangat pasal sektor C, tapi tak silap aku ada yang duduk 4 orang, ada yang duduk 2 orang.

Yang penting bilik okay je. Ada yang single bed ada yang katil dua tingkat. Usually senior katil bawah junior katil atas. Setiap orang dapat satu meja dan almari/locker. Tu je kot(?) haha. Kalau awak harapkan bilik yang cantik seperti rumah anda memang tidak lah nak dapat yuran kita murah je kan 😉 Tapi trust me bilik tu kalau dihiasi dgn kasih sayang whatsoever memang sayang gila nak tinggalkan T_T

Tandas.
Setiap wing ada tandas, jangan risau sangat kena pegi tandas jauh-jauh. Dan dalam setiap tandas ada banyak tandasssss dan bilik mandi dan singki. Bilik mandi ada banyak dan tak ada kolah besar seperti yang aku terbayang dulu. Haha.

Makan
Kat sini ada tiga tempat makan. NR (berdekatan sektor B) , Intan Food Court (Sektor C) , and Pama (dekat admin) so yeah, nak makan kena jalan kaki pergi makan. Aku ni malas nak jalan sebab tu makan pun jarang. Hahaha.  Btw jangan risau lah, takkan kurus punya lah jalan kaki ni! Sebab aku pun tak kurus-kurus 🙁

Kelas
Ha yang kelas ni, mula-mula memang confusing. Awal-awal memang terpaksa tanya senior yang lalu berdekatan "Kak, U001 kat mana?" Sambil membelek-belek peta. And yes, korang akan dapat buku ni masa minggu orientasi. Yang penting dia sebab ada peta bangunan. Bangunan banyak sangat tu yang buat orang confuse.

Cara baca nombor kelas tu boleh tanya roommate yang senior k (kenyit mata). Jangan risau lah sebab pergi balik kelas jalan kaki je. Tak letih sangat pun, lama-lama terbiasa lah. Untung UiTM Segamat ni tak sebesar UiTM Lendu, dengar cerita depa lagi jauh jalan nak pergi kelas. Takpa, berkorban untuk menuntut ilmu heee.

Pakaian 
Pakaian sahsiah rupa diri, sahsiah rupa diri tu appropiate lah jangan pakai  mini skirt semua kan. UiTM tak haramkan freehair tapi Islam haramkan (kenyit mata). Hm apa lagi eh.. Ha!! Setiap hari Isnin kena pakai baju kurung, tapi ramai jugak yang pakai jubah pada hari ini. Kalau Polis Bantuan buat operasi, yang pakai jubah akan kena saman. Kad matriks pun kena sentiasa pakai k.

Going out
Haaaaaa ni dulu aku teringin sangat nak tahu sebab bila aku google/ or baca forum, diorang cakap segamat ni dalam hutan bandar takde bagai blahblah. Okay, sebenarnya takdelah teruk sangat okay. Takdelah hutan mana, Segamat ni dalam proses untuk maju. Siapa cakap bosan? Kalau free boleh je keluar pergi mall 1Segamat Mall. Orang cakap dalam tu takde apa sangat tapi setiap kali aku pergi banyak gak habis..... hahahaha. Ada wayang, kedai buku, mr.diy,karaoke, UO (shopping barang basah) and jual baju, camera, phone, makanan, more than enough for me ahaha tbh best keluar sorang-sorang pegi 1Segamat ni. Macam tak terlalu bahaya untuk aku sorang and yeayyy aku boleh sorang.

Kalau ada kereta boleh pergi Ledang, Melaka, atau pergi bandar yang lain. Transport nak pergi 1Segamat tu ada bas sekolah yang tambangnya RM3.

Setakat ni tu jelah kot. Kalau ada yang salah mintak tolong komen betulkan, and kalau ada apa-apa nak tanya boleh lah tanya okay 😉 Byeee

kalau nak dapat gambaran pasal life study boleh bukak tag ,  , apa-apa soalan boleh tanya dekat Ask.fm saya http://ask.fm/wnsby

»
«
»
«

Assalamualaikum
Have you ever heard of The One Mall? I just discovered it like at the end of last year and I was very excited sebab murah gila wei. After like 2-3 weeks (i can't recall exactly when) , the parcel finally arrived! Menghitung hari detik demi detik tunggu parcel ni sampai. Yelah sebab benda ni dari China so macam pre-order lah kan lambat sikit.

Disebabkan aku order banyak aku expect dapatlah parcel dalam kotak kan but - itsokay haha. The secure my parcel dengan setebal-tebal tape hah! I was very excited so aku ambik gunting terus buka dengan non-proper nya. haha

Korean Canvas High-Top Thick-Bottomed Shoes - RM RM 28.90

Kasut ni macam totally diperbuat daripada kain dan span. Selesa sangat sebab dia lembut kan. Kasut canvas yang pernah aku miliki memang kain jugak tapi kat hujung jari sakit. Kasut ni walaupun small cut, kaki aku tak sakit. Yeay for this. 

Computer Bass Stereo Gaming Microphone Headset - RM14.90

Aku tak tahu kenapa aku beli ni, mungkin sebab aku tak reti bezakan headphone biasa dengan pc punya headset -_- Btw after two months of use, akhirnya beliau rosak. Sokay lah sebab harga pun terlampau murah kan.

Korean Multi-Function PU Leather Canvas Shoulder Backpack - RM16.90

Dah lama perhatikan bag ni dekat banyak online mall tapi seriously?? RM16.90 ? laju je aku beli hihi. Bag ni comel sangatttt and ramai orang puji comel hihi 

Korean Alphabet Casual Canvas Shoulder Bag-  RM11.90

Another cheap cutie pie <3

Korean Women Loose Round Neck Long-sleeved T-shirt - RM17.90

I really fancy baggy or over sized shirts. So I bought this, sadly I only wore it once and never want to wear it again because I hate the material.

Korea Retro Fashion Casual Loose Long-sleeved Side Zipper Sweater - RM18.90

Yang ni memang favourite. Selalu pakai pergi kelas and roommate cakap "Aku tak faham fashion Wana ni bannyak terpengaruh Korea. tengok! Zip takde function.." "Kau apa tahu kau tak sekolah!" Material tak panas and the zipper memang takde function pun hahaha.

High-Speed 8GB Micro SD Memory Card - RM11.90

Idk why I have this weird hobby macam suka kumpul memory card banyak-banyak -__-

So total semua barang ni RM121.30  + RM26 postage = RM 147.30  dan dapat free sepasang stokin hitam dan mouse pad! The One Mall memang selalu provide free gifts. Definitely will order again tapi nak kena order banyak banyak la sebab postage mahal. Hihi

Bye. 

»
«
»
«

Assalamualaikum,

Yeeay dah habis semester 2. Aku habis lambat sikit sebab ada program Induksi Komander Kesatria 2015, fuh challenging program tapi best gilaaaaa belajar banyak benda and gain so many confidence and semangat untuk menempuhi sem depan sebagai Komander Kesatria UiTM Johor.
Of course lah, setiap kali nak cuti sem mesti ada to-do-list-whatsoever kan. Tapi bagi aku cuti ni macam pendek hua T___T kenapa pendek sangat. 
  1. First thing to do ialah unpack barang yang banyak gegilas ni padahal sebulan je cuti kan hm. Nanti naik semester 3 nak kena pack barang. Serious taknak bawak barang banyak-banyak dah. Menyesal! 
  2. Belajar math for Dhilah-yang-bakal-SPM sake. Haha. Aku akan stay Banting sat untuk ajar Dhilah math. 
  3. Operation... weh sem ni pendek kot rasa cam taknak buat operation boleh tak tangguh je cuti sem depan pls pls pls taknak sekarang. 
  4. Study MGT300 (smirk) 
  5. Nak manage pakaian adik-adik, adui berbakul dah baju diorang ni tak diuruskan. 
  6. Taknak spend duit langsung. 
  7. Baca semua novel yang dibeli menggunakan BB1M
Semester break kali ni aku taknak waste any single time, Taknak lifeless tak tahu nak buat apa sebab aku tahu naik sem nanti mesti aku menyesal sebab time tu dah busy (emoji ketawa sampai nangis) hahaha. 
Kbye. 
»
«
»
«

Assalamualaikum,

Semasa aku darjah 5, aku pergi check mata dekat kedai cermin mata (of kos lah). Akak tu kata power aku 200 lebih. Eh, aku rasa macam penglihatan aku ni okay je. Then aku buat dono. Then now dah besar, aku selalu cakap "Saya tak rabun." Hekhek. Then selalu jadi mata Ikaa setiap kali pegi mana-mana, dia akan suruh aku bacakan sign board kereta api sebab aku masih boleh nampak objek jauh. Dan aku bangga. Ya, bangga. Ok gurau.

Sehinggalah sem ni , aku rasa mata aku tak sedap. Lelagi bila duduk dalam dewan, muka orang kat depan aku dah confuse mana hidung mulut mata dia. Disitu aku sedar, aku rabun. Aku ni pun satu, pernah tulis entry "Tips penjagaan mata" tapi tak pernah ikut -_- ya ampun!!

So bila dah sedar diri rabun tu, maka aku pun pergi One Segamat dengan kawan aku Nisak,  untuk mendapatkan sepasang lagi mata. Aku pun check la mata aku, akak tu inform power seratus lebih. Aku masih terfikir, seratus lebih tu tinggi ke tak?haha. Yang tak best, semua cermin mata kelihatan besar dan tak seimbang dekat aku. Bila aku pakai, Nisak gelak. Aku try ini, Nisak gelak. Aku try itu, Nisak gelak.

Aku tanya akak kedai tu, dia bagi aku spec yang paling kecikkk skali. Sebab bentuk muka aku tak sesuai pakai spec besar ...

tadaaaa!! Okay maaf terpaksa hadap cadar yang sama lagi.  Mula-mula pakai, memang pening sebab tak biasa kan. Lelama okayy sampai tak perasan pakai spec. Ada juga yang kata aku lebih sesuai pakai spec. Haip! Mana boleh, tak bolehlah aku tayang eyebag gucci aku ni kalau pakai spec!

Sekian.

»
«
»
«

Assalamualaikum, After semalaman bersengkang mata akhirnya dapat jugak tukar rupa blog. Ternyata sukarnya menggunakan layout orang lain kerana memerlukan banyak penelitian untuk ubah mengikut cita rasa kita sendiri. Sementara ada internet ni marilah kita ambil kesempatan. Sebab esok dah nak balik Segamat dah.

Kenapa pilih design ni instead of kartun kartun, fancy fancy? 
Sebab sejak kebelakangan ni banyak benda , terlampau banyak benda yang terjadi yang membuat otak aku kurang berkartun dan ceria dah. Hm cepat kembalikanlah keceriaanku! Tak tahu la ni perasaan temporary ke perasaan sampai bila-bila but one thing for sure, I'm changed T_T  Okay dah masuk topik lain ni. Dah boleh buat entry lain dah pasal changed changed ni haha.

Korang perasan tak domain blog ni dah Wanaseoby.com? Actually dah lama dah beli domain ni cuma takde spirit nak buat entry pasal ni.haha. Dah lama dah teringin nak ada domain sendiri tapi asyik tangguh now dah ada. Yadah yadah!

Okay sampai disini sahaja. Goodbye and have a nice day !

»
«
»
«
WANA, TWENTY ONE
The girl on the left telling you to have a happy reading!

+ JOIN THIS SITE

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM