Bye bye S5 ~

13 / 06 / 2014

Assalamualaikum,
aku nak cerita pengalaman aku harini sebagai seorang pengguna. cehwah. Btw, aku dah balik rumah. Balik sebab nak beli laptop. Tapi ayah aku bagi pilihan, nak beli handphone dulu ke laptop dulu? Aku pun pening memikirkan... kalau aku beli phone dulu, laptop tetap ada ayah aku punya. Kalau aku beli laptop dulu, aku terpaksa stay dengan SII yang sudah cracked itu. Lalu aku pun buat keputusan pilih handphone. Bila aku pilih phone, aku kena pilih pulak antara S5 ataupun Iphone5s???? Aku pun pilih S5........

So aku pun pergi Plaza Alam Sentral dengan family, tempat family selalu beli gadget. Pergi dengan niat mencari Samsung Galaxy S5 wah, bagi aku phone tu saaaangat bagus. Mungkin sebab promo dia dah menggoda aku dulu. Aku survey punye survey, sekali jumpa satu kedai handphone yang besar tu. Orang tuu tanya "Cari apa bang?" kepada ayah aku, then kami pun "S5" hahahaha..

Lepas tu dia cakap "Adik, kenapa adik nak s5?" dengan nada yang buat aku takut. Aku pun jawab la " Kalau nak cari case yang comel kena beli handphone yang famous" Aku sendiri pun tak berapa puas hati dengan jawapan tu. Adakah aku mencari S5 kerana NAMANYA??? Ataupun memang bagi aku phone itu sungguh menawan? Dia suruh bagi diaa 5 minit, dia nak explain sesuatu.

Dia cerita dekat aku macam-macam, kenapa Samsung mahal, kenapa nak beli yang mahal, kenapa dan sebagainya. Aku nak explain pun tak reti sebab memang panjang gila perbualan kitorang pasal handphone ni. Dia cerita pasal apa kehebatan samsung s5 blahblah dan apa perbezaan dengan phone lain. Sebagai konklusi...... aku dibrainwash sehabis-habisnya sampai aku rasa TAKNAK beli S5. ----- dan aku rasa beli s5 satu kerugian yang nyata----- alamak, berjaya dibrainwash.

Dia ada cerita baru baru ni Samsung ada lelong S5 dengan harga rm800, Kenapa Samsung lelong handphone exclusive?

Lalu ayah aku pun lega........................ibuku juga..................................

aku puas hati juga, sebab dapat both dari pilihan pertama tu. Thank you abah mak <3

»
«
»
«

Assalamualaikum,

Semalam dah jenuh nangis masa packing bag. Drama sangat. Al-maklumlah the girl who never leave home more than three days katako. Teringat pulak masa kekecik seminggu duduk kampung nangis-nangis tepon abah. Hahaha.

Akhirnya, banyak ini lah yang aku bawak. Kalau boleh tilam-tilam sekali aku nak bawak sebab aku tak suka tidur bercadar, tapi takpe takpe.... tahan dulu.. lain kali mintak mak bawak tilam nipis cam toto tu.

Dalam bag besar yang boleh didapati di Mydin tu (lols) ada baju. Baju kurung semua aku bawa mak aku punya kebanyakannya, takyah beli dah.  Tshirt , jeans, dress, blahblah. Takut juga tak cukup, apa-apa pun tunggu dan lihat jelah apa yang jadi. dalam kotak merah tu ada segala selfcare and segala keperluan membasuh baju. Itew kan gegirl ~ hahaha. Dalam kotak biru pulak bantal dengan selimut. Dalam bakul ada kasut,hanger, dan random thing yang dicampak kedalamnya. Al-quran, yassiin, pencil box aku letak dekat bilik dulu, takut kena langkah (adik-beradik ramai) Bag hitam terbiar itu pula dimana shawl,telekung, sejadah, tudung, dan bag disimpan. Banyak gilos aku bawa. Abah macam "Astagfirullah, banyaknye."  Aku dah try SIKITKAN tapi tak tau mana yang nak bawa kemudian. Ntah la, any tips? hahaha

-
Rasa best pulok susun barang pastu tangkap gambar. Macam jakun tapi best. Background mesti terang baru kena dengan blog, eh ntah pape la kan - okay let me be honest here. Semua kat atas tu aku tak pernah beli sendiri. Torchlight guna phone sahaja. Shampoo rambut pakat main guna apa yang ada alam bilik air je. Berus gigi suka curi bila mak beli banyak-banyak. Softlan (aku panggil semua bende tu softlan walau jenama lain hahahaha) dan sabun baju jauh sekali -_- 

Isi dalam sebuah kotak kecik. All the skincare thingy.  Ada lagi sekotak sebenarnya dekat bawah kotak ni. Punyalah ber-mask segala aku bawak. Aku ni penggila face mask. So aku takleh tinggal facemask walau apa pun jadi (important point: tetap tak lawa jugak). Aku siap bawa compressed mask yang kebetulan beli haritu. Tapi apa yang menjadi persoalannya- adake masa kau nak berfacemask-facemask bagai? Terbayang suasana busy padahal minggu orientasi je kelam kabut.

-ditulis pada 31 May

»
«
»
«
WANA, TWENTY ONE
The girl on the left telling you to have a happy reading!

+ JOIN THIS SITE

Footsteps

My Bloglist

Sponsor



© 2011-2017 WANASEOBY.COM